RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 April 2024

Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

Triumph Motorcycles Malaysia menerusi pengedar rasmi Didi Group dengan bangganya mengumukan ketibaan model T-Series. Antara model-model yang dilancarkan itu adalah Speed 400 dan Scrambler 400 X sebagai jentera Triumph yang paling mampu milik di Malaysia.

Speed 400 merupakan model jalanan yang menyertai barisan  jentera klasik moden yang paling berjaya seperti Speed Twin 900 dan 1200. Manakala Scramber 400 X menampilkan rekabentuk sebuah jentera lasak yang diambil daripada Scrambler 900 dan 1200.

Dibina menggunakan platform enjin TR silinder tunggal yang serba baru, kedua-dua model ini sudah pasti menawarkan tunggangan yang menyeronokkan, tangkas serta memberi keyakinan buat semua peringkat umur.

Scrambler 400 X
Scrambler 400 X

Speed 400 dan Scrambler 400 X menggunakan enjin berkapasiti 398.15cc, 4- lejang, DOHC dengan sistem suntikan bahan api dan penyejuk cecair. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 39.5bhp (29.4kW) pada 8,000rpm dan torknya 37.5Nm pada 6,500rpm. Model yang mematuhi piawaian Euro5 ini turut dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Kedua-dua model ini menampilkan casis serba baru yang menggunakan kerangka jenis tiub keluli yang disambungkan bersama sub-kerangka ‘bolt-in. Posisi menunggang Speed 400 ternyata lebih tegak sedikit berbanding dengan Scrambler 400 X. Walaubagaimanapun kedua-duanya amat selesa untuk tunggang solo mahupun berdua kerana mempunyai pelana yang cukup empuk. Tinggi pelana adalah 790mm (Speed 400) dan 835mm (Scrambler 400 X).

Speed 400
Speed 400

Antara teknologi  yang dipadankan pada Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X adalah sistem ride-by-wire, sistem ABS, traction control (boleh dinyaaktifkan), klac jenis torque-assist, panel meter analog dengan paparan LCD pelbagai fugsi dan lampu-lampu LED. Manakala terdapat ciri-cicri keselamatan seperti steering lock dan Immobilizer anti-kecurian di mana terdapat cip transponder yang disepadukan ke dalam kunci pencucuh agar hanya pemilik sahaja yang boleh menghidupkan enjin.

Berikut kelengkapan lain pada kedua-dua jentera:

  • Fork USD 43mm
  • Saspensi belakang jenis monoshock dengan fungsi preload boleh laras
  • Brek cakera tunggal 300mm (Speed 400), 320mm (Scrambler 400 X) di depan & 230mm untuk belakang
  • Berat 170kg (Speed 400) & 179kg (Scrambler 400 X)
  • Tangki bahan api 13 liter
  • Soket pengecas USB

Triumph Speed 400 ditawarkan pada harga bermula RM26,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Carnival Red/Storm Grey, Caspian Blue/Storm Grey dan Phantom Black/Strom Grey. Untuk Scrambler 400 X pula boleh didapati pada harga bermula RM29,900 dengan tiga pilihan warna menarik antaranya Matt Khaki Green/Fusion White, Carnival Red/Phantom Black dan Phantom Black/Silver Ice. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.