RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2024

Vmoto Sudah Berada Di Malaysia. Lancarkan CPx PRO dan TC Max

Vmoto, pengeluar jentera elektrik terkemuka global, kini mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia dengan kerjasama strategik dengan rakan kongsi, Ebixon. Sehubungan itu, Vmoto dan Ebixon telah akan menganjurkan majlis pelancaran eksklusif pada awal Mei lalu untuk dua model iaitu CPx PRO dan TC Max.

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan kehadiran Lagenda MotoGP dan Juara Dunia MotoGP 5 kali iaitu Jorge Lorenzo yang kini merupakan duta rasmi Vmoto. Sudah tentu, sokongan ikon global seperti Jorge Lorenzo terhadap skuter elektrik Vmoto membuktikan penekanan syarikat ini dengan prestasi dan kualiti.

CPx PRO merupakan sebuah jentera gaya skuter yang memiliki rekabentuk simple tetapi menawan. Enjin model ini didatangkan dengan sepasang bateri lithium mudah alih yang berkapasiti 60V 45AH yang berkuasa 8kW dan tork 258Nm. Dengan kuasa bateri penuh, CPx mampu bertunggang sejauh 220 kilometer manakala laju maksimum untuk model ini ialah sekitar 105km/j.

CPx PRO tampak bergaya dengan panel meter digital, sistem pencahayaan jenis LED untuk lampu depan, belakang dan lampu isyarat. Posisi menunggangnya tegak dan selesa dan turut hadir dengan suis untuk mengundur.

Tayar hadapan bersaiz 100/80-16 manakala di belakang 110/80-14 yang dipadakan dengan brek-brek cakera dengan sistem Combine Brake (CBS). CPx PRO seberat 143kg dan mampu membawa penunggang dan bebanan sehingga 300kg. Padu!

Hadir dalam empat warna pilihan iaitu Signal White, Matt Blue, Black Gold dan Cool Red. Harga untuk model ini ialah RM18,900 dan RM25,900 (mengikut varian).

Vmoto TC Max.
Vmoto TC Max.

Motor elektrik gaya retro/cafe racer. Mantap kan? Itulah yang boleh anda miliki menerusi model TC Max. Rekaan lampu LED di hadapan, cermin sisi dan panel meter berbentuk bulat memang ada 'ummph!'.

TC Max hadir dengan bateri jenis lithium berkapasiti 72V 45AH yang berkuasa 5.1kW dan tork 160Nm. Masa untuk proses mengecas ialah 4.5 jam dan jarak perjalanan dengan bateri berkuasa penuh ialah 130 kilometer manakala laju maksimum ialah sekitar 95km/j.

Model ini dilengkapkan dengan tayar-tayar bersaiz 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 di belakang yang dikawal dengan baik oleh brek-brek jenis cakera (dengan sistem CBS). Dengan saiz tapak roda yang hanya 1347mm, TC Max menawarkan pengendalian yang mudah dan cukup selesa.

TC Max juga direka dengan ruang kelegaan tanah yang baik (188mm) – sesuai untuk pelbagai destinasi dan tujuan perjalanan. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Fire Red, Signal White dan Matt Black/Red Sticker. Harga untuk model ini ialah 19,900. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.