RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Mei 2024

Aveta Malaysia Perkenalkan Cub Adventure Mampu Milik - Ranger Cub Cross 115

Aveta Malaysia telah menambah rangkaian cub adventure dalam keluarga Ranger iaitu Ranger Cub Cross 115. Dengan pelancaran motosikal baru ini mampu menambat hati peminat-peminat jentera pengembaraan di Malaysia.

Diinpirasikan dari model terdahulu iaitu Ranger 110, jentera baru ini mampu memenuhi keperluan generasi peminat motosikal bagi mencari sebuah jentera cub Adventure yang mampu milik. Ranger Cub Cross 115 tampil dengan rupabentuk baru yang lebih versatile berasaskan gaya hidup.

Terdapat dua varian iaitu varian standard yang ditawarkan pada harga RM4,988 untuk warna Hunter Green. Manakala bagi edisi khas berwarna Desert Storm boleh didapati pada harga RM5,188. Kedua-dua harga adalah tanpa insurans dan cukai jalan namun memiliki waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu).

Ranger Cub Cross 115 didatangkan dengan enjin empat lejang yang bersesaran 113cc dengan sistem sejukan udara. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 6.5kW dan tork 9.0Nm. Selain itu, jentera ini juga mudah untuk dikendalikan tidak kira di laluan offroad mahupun atas jalan raya.

Dibangunkan sebagai sebuah jentera pengembaraan,  Ranger Cub Cross 115 hadir dengan cermin penghadang angin, pelindung tangan (Hand Guard), rear mud guard, paparan meter digital dan kedudukan ekzos yang lebih tinggi.

Dari segi keselamatan, jentera ini lengkap dengan brek cakera di bahagian hadapan manakala belakang mengunakan sistem brek jenis drum. Lampu hadapan jenis LED menawarkan pencahayaan yang terang untuk tunggangan pada waktu malam.

Roda hadapan untuk varian standard menggunakan rim jenis sport. Namun, Varian edisi khas, Desert Strom ditampilkan dengan rim jejari yang disaluti tayar jenis dual-purpose.

Aveta Ranger Cub Cross 115 berada di pasaran pada bulan Julai 2024. Bagi mereka yang berminat boleh membuat pra-tempahan dan akan menerima baju-T eksklusif. Untuk maklumat lebih lanjut tentang motosikal Aveta di Malaysia, sila lawati http://www.aveta.com.my. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.