RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Mei 2024

Benda Motorcycles Perkenalkan Dua Model Terbaru - Dark Flag 500 V4 & Napoleon Bob 500

Jenama motosikal terbaru di bawah Mforce Bike Holdings, BENDA Motorcycles tampil dengan dua model untuk pasaran negara iaitu Dark Flag 500 V4 dan Napoleon Bob 500 .

Benda Dark Flag 500 V4 merupakan model cruiser tampil dengan gaya yang cukup anggun, moden dan agresif. Rekabentuk yang aerodinamik meningkatkan lagi penampilan jentera ini dari segi kecekapan bahan api dan pengendaliannya.

Model ini menggunakan enjin V4 496cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Oleh itu, enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 40kW pada 10,500rpm dan tork 42Nm pada 7,500rpm.

Dari segi keselesaan, pelananya memang cukup empuk sekali manakal bar hendal yang ergonomik menawarkan keseronokkan untuk perjalanan jarak jauh. Ciri yang menarik perhatian pada jentera ini adalah sistem saspensi belakang jenis Airmatic di mana pengguna boleh mengawalnya secara elektronik untuk mengubah ketinggian mengikut keselesaan.

Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, meter analog dengan paparan digital, ABS dua saluran, Traction Control, fork USD, rim 16-inci, tangki bahan api 16 liter dan berat 248kg.

Benda Dark Flag 500 V4 ditawarkan pada harga asas RM39,888 dengan dua pilihan warna klacsik, Shiny Black dan AshGrey.

Sebuah lagi model dengan gaya cruiser iaitu Napoleon Bob 500 diinspirasikan daripada motosikal ikonik dari masa lalu namun memilik rekabentuk dan ciri-ciri yang moden.

Model ini tampil dengan tarikan vintaj menerusi tangki bahan apinya yang gaya retro, lampu utama bentuk bulat dan rekabentuk badan minimalis. Enjin V-Twin 475.6cc, 4 lejang, 16 injap beserta sistem penyejuk cecair boleh menghasilkan kuasa 35kW pada 8,800rpm dan tork 42Nm pada 6,700rpm

Walaupun mempunyai penampilan seperti motosikal klasik, Napoleon Bob dihadirkan bersama teknologi terkini termasuk paparan meter digital, lampu-lampu LED dan sistem suntikan bahan api.

Ciri-ciri lain yang dilengkapi pada cruiser ini adalah sistem ABS dua saluran, fork USD, saspensi belakang boleh laras, brek cakera 320mm (depan), cakera 260mm (belakang), pacuan akhir jenis tali sawat, tangki bahan api 16 liter dan tinggi pelana 700mm.

Harga permulaan bagi model lagenda ini adalah RM27,888. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.