RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Jun 2024

Harley-Davidson Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad Hydra-Glide Revival 2024.

Harley-Davidson Malaysia memperkenalkan model edisi terhad terbaru daripada Icon Motorcycles Collection iaitu Hydra-Glide Revival. Model softail ini direka semula berasaskan model asal yang dilancarkan pada tahun 1950an yang lalu. Model edisi terhad ini dikeluarkan tidak lebih daripada 1,7,50 unit di seluruh dunia.

H-D Hydra-Glide 2024 ini dilengkapkan dengan enjin Milwaukee-Eight® 114 V-Kembar yang memiliki hantaran kuasa yang cukup bertenaga iaitu 94hp pada 5,020rpm, dan tork 156Nm pada 3,250rpm. Untuk tunggangan yang lancar khususnya di lebuhraya, H-D ini turut didatangkan dengan sistem Electronic Cruise Control.

Rekabentuk luaran model ini dikemaskan dengan warna Custom Redline Red dengan panel Birch White yang terletak di sisi kiri dan kanan tangki - rekacorak yang sama dengan model yang berada di pasaran pada tahun 1956.

Terdapat juga corak grafik 'Icons Motorcycle Collection' pada bahagian fender belakang yang menunjukkan ia adalah produksi Edisi-Terhad. Pelana solo disempurnakan dengan balutan jenis kulit dan dihias dengan rambu-ramba, jahitan kontra warna merah, dan beberapa komponen berwarna krom untuk penampilan nostalgia.

Beg barang di sisi kiri kanan dibuat menggunakan kulit dan vinyl, lengkap dengan 'butang-butang' krom dengan kemasan berwarna merah di tengah-tengahnya. Beg barang ini juga dipasangkan dengan kunci untuk tujuan keselamatan.

Walaupun lampu hadapan hadir dengan bentuk bulat, ia adalah jenis LED terbaru. Selain itu model ini turut dilengkapkan dengan Sistem ABS, Cruise Control, panel meter analog (5-inci) dengan paparan gear digital termasuk odometer, tahap bahan api, jam, jarak perjalanan dan takometer.

H-D Hydra-Glide ini ditawarkan pada harga RM176,900. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.