RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Jun 2024

Lambretta X250 & G350 Mendarat di Malaysia - Harga Bermula RM22,800

Lambretta adalah jenama motosikal skuter yang menggabungkan rekabentuk Itali klasik serta gaya retro moden. Oleh itu, demi untuk berdaya saing dalam segmen skuter di Malaysia, Lambretta dengan rasminya melancarkan dua buah model terbaru mereka iaitu X250 dan G350.

Skuter X250 direka menerusi DNA Itali jenama Lambretta itu tersendiri dan digelar sebagai Neo Mod yang merangkumi satu simbol, bentuk dan identiti – menyambung nilai-nilai karya seni buat generasi akan seterusnya.

Model ini menggunakan enjin 250cc, silinder tunggal, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 24.8hp pada 8,250rpm dan tork 24.5Nm pada 6,500rpm. Gril laluan udara di bahagian hadapan bukan shaja menambah kecanggihan pada skuter ini tetapi mengoptimumkan prestasi enjin dalam semua cuaca.

Antara kelengkapan lain yang dipadankan pada jentera ini adalah double-pulled arm link suspensions (depan & belakang), sistem ABS, sistem kunci pintar, lampu-lampu LED, tangki bahan api 7 liter dan paparan meter analog serta LCD.

X250 boleh dimilik pada harga asas bermula RM22,800 dengan empat pilihan warna seperti Perak, Hijau, Putih dan Hitam.

Sebagai sebuah skuter premium, G350 membawakan karya agung yang lahir dari nadi persada fesyen Milan. Walaupun tampil denga gaya klasik, model ini tetap mengetengahkan ciri-ciri yang moden.

G350 didatangkan dengan enjin bersesaran 330cc, silinder tunggal, 4 lejang dan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menawarkan kuasa maksimum 25.8hp pada 7,500rpm dan tork 25.5Nm pada 6,250rpm.

Lambang Stile Milano dan tempat duduk kulit premium menampakkan lagi model ini lebih elegen. Ciri-ciri moden termasuk paparan meter jenis TFT, lampu hadapan dan belakang jenis LED serta soket pengecas USB. Kelengkapan lain adalah brek-brek cakera, isi tangki 9.5 liter dan berat kering 173kg.

Lambretta G350 hadir dalam tiga pilihan warna menarik seperti Merah, Putih dan Hitam dengan harga asas bermula RM29,800. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.