RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Julai 2024

Ducati Malaysia lancar dua model baru, DesertX Rally & Monster 30° Anniversario,. Harga bermula RM115,900

Ducati Malaysia telah melancarkan dua model serba baru yang terdiri daripada jentera lasak iaitu DesertX Rally dan model warisan terulung, Monster 30° Anniversario ke pasaran negara.

Ducati DesertX ternyata memberi pilihan terbaik buat pencinta laluan lasak seperti di gurun, berbatu dan di dalam hutan. Selain itu, ia juga sesuai untuk dijadikan teman pengembaraan jarak jauh dengan menampilkan spesifikasi enjin yang mantap dan sistem elektronik moden.

Jentera ini disempurnakan dengan enjin Testastretta 937cc, silinder berkembar-L, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 110hp pada 9,250rpm dan tork 92Nm pada 6,500rpm.

Untuk disesuaikan dengan kemantapan enjinnya, DesertX Rally ini dilengkapkan dengan sistem saspensi perlumbaan berprestasi tinggi. Model ini juga hadir dengan rim Takasago EXCEL yang ringan dan bertegaran tinggi.

Harga yang ditawarkan untuk model ini ialah RM160,900.

Ducati Monster adalah nama yang tak perlu lagi diperkenalkan buat mereka yang meminati dunia dua roda khususnya segmen jalanan. Model lagenda ini telah memberi pengalaman menunggang yang hebat buat ribuan pemiliknya.

Monster 30° Anniversario merupakan edisi terhad, hanya 500 unit dikeluarkan di seluruh dunia. Untuk pasaran Malaysia, ia boleh dimiliki pada harga RM115,900.

Ducati edisi terhad ini disempurnakan dengan enjin 937 cc Testastretta 11 yang berkuasa 111hp dan tork 93Nm. Monster 30° Anniversario juga dilengkapkan dengan rim aluminium bertempa.

Antara sistem elektronik yang terdapat pada model ini ialah Ducati Quick Shift (DQS), Cornering ABS dan sistem Traction Control. Fork hadapan jenis Öhlins NIX30 (boleh laras) manakala penyerapan di belakang juga menggunakan penyerap jenis Öhlins.

Kedua-dua model ini telah berada di pusat pengedar Ducati di seluruh negara. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.