RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Julai 2024

Ducati Panigale V4 Baru Dilancarkan di Misano!

Bersempena dengan acara World Ducati Week yang bermula hari ini (26hb - 28 Julai 2024), Ducati telah melancarkan jentera supersport terbaru iaitu Panigale V4 yang menawarkan bukan sahaja rekabentuk cukup menawan tetapi juga prestasi enjin yang mengagumkan.

Menerusi Panigale V4 baru ini, Ducati telah menaik taraf had jentera supersport kepada peringkat yang lebih tinggi lagi. Dilahirkan daripada sebuah jentera yang telah berkembang pesat khususnya dalam Kejuaraan Superbike Sedunia (WSBK) selama dua tahun berturut-turut, Panigale V4 baru ini menawarkan kesempurnaan dari segi reka bentuk, asas teknikal dan ergonomik.

Dari segi rekabentuknya, Panigale baru ini merupakan sebuah hasil seni ajaib yang dipadankan dengan teknologi canggih dan kecantikan sensual. Panigale V4 baharu mewakili generasi ketujuh dalam dalam siri keluarga jentera super Ducati.

Ia disempurnakan dengan enjin Desmosedici Stradale bersesaran 1,103cc, 4 silinder, Euro 5 yang berkuasa lebih daripada 216hp pada 13,500rpm dan tork 120.9Nm pada 11,250rpm. Layout casis Ducati ini telah direka khusus untuk prestasi cemerlang di litar dan bagi merealisasikan impian itu, Panigale baru kini menggunakan lengan ayun - Ducati Hollow Symmetrical Swingarm.

Panigale baru ini hadir dengan pelbagai sistem elektronik moden yang menyumbang kepada prestasi keseluruhan. Antaranya ialah Mod Tunggangan (Race A, Race B, Sport, Road & Wet), Ducati Quick Shift 2.0, Konfigurasi Enjin (Full, High, Medium & Low), Ducati Vehicle Observer, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Ducati Slide Control, Ducati Power Launch, Slipper Clutch, Engine Brake Control, Ducati Data Logger dan banyak lagi.

Semua talaan dan informasi mengenai jentera ini dipaparkan menerusi panel meter TFT 6.9" yang menggunakan teknologi Optical Bonding Technology seperti mana yang digunakan pada telefon pintar. Skrin ini juga didatangkan dengan dua jenis paparan iaitu Road dan Track.

Bagi memantapkan lagi pengendalian dan kestabilan, Ducati telah melengkapkan jentera ini dengan konsep terbaru sistem ABS iaitu Race eCBS. Sistem ini dibangunkan oleh Bosch yang bekerjasama dengan Ducati - yang memberikan tekanan pada brek belakang secara autonomi apabila penunggang mengaktifkan kawalan hadapan.

Spesifikasi ringkas Panigale V4:

  • Saspensi hadapan: fork BPF showa, 43mm boleh laras
  • Saspensi belakang: lengan ayun 'Hollow Symmetrical Swingarm' dengan unit Sachs boleh laras
  • Tayar hadapan: 120/70 ZR17 Pirelli Diablo Supercorsa SP-V4
  • Tayar belakang: 200/60 ZR17 Pirelli Diablo Supercorsa SP-V4
  • Brek hadapan: 2 x brek cakera 330mm Brembo Hypure dan Race eCBS
  • Brek belakang: brek cakera 245mm, Race eCBS
  • Tinggi pelana: 850mm
  • Berat kering: 191kg
  • Isi tangki: 17 liter

Melihat pada posisinya, Panigale ini memang direka untuk kelajuan maksima di laluan lurus dan berselekoh. Tempat letak kaki telah dialihkan 10mm ke dalam berbanding Panigale V4 sekarang ini dan ia adalah untuk meningkatkan jarak kelegaan tanah dan membolehkan penunggang meletakkan kakinya lebih dalam untuk lebih aerodinamik.

Siri keluarga jentera Sportbike Ducati.
Siri keluarga jentera Sportbike Ducati.

Pastinya model unggul ini akan memasuki pasaran negara kelak. Sama-sama kita tunggu....berapa pula harganya? RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.