RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Ogos 2024

Suzuki Malaysia Lancarkan V-Strom 250 SX Baru! Harga asas RM17,800

Suzuki Malaysia melancarkan model lasak V-Strom 250SX ke pasaran negara. Ketibaan model ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh para pencinta motosikal di Malaysia khususnya mereka  yang sukakan aktiviti pengembaraan motosikal.

Model ini menampilkan rekabentuk yang sporty, ramping dan tangkas, sinonim dengan siri V-Strom yang lahir sebelumnya.

Ia disempurnakan dengan enjin jenis ringan 249cc, 4 lejang SOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 26hp pada 9,300rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm. Untuk pergerakan yang lancar, model ini dilengkapkan dengan sistem Suzuki Easy Start dan Suzuki Eco Performance (SEP) bagi penjimatan bahan api paling efisien.

Casis model baru ini 'slim', ringan dan bertegaran tinggi - memudahkan pengendalian khususnya ketika dalam kelajuan rendah. Suzuki Oil Cooling System (SOCS) pula membantu mengekalkan suhu enjin dalam keadaan ideal walaupun dalam cuaca yang panas.

Ciri-ciri standard yang terdapat V-Strom 250 SX adalah panel meter digital, pengecas USB, brek ABS, pelindung enjin dan pencahayaan lampu LED di seluruh bahagian. Bahagian hadapannya diasaskan dari model lagenda DR-Z, lengkap dengan 'paruh' lagi, memang nampak mantap!

Kecemerlangan proses penyerapan V-Strom ini disumbangkan oleh fork hadapan jenis teleskopik (depan) dan lengan ayun dengan spring 'coil' tunggal di belakang. Dengan tangki sebesar 12 liter, V-Strom ini memang sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Bagi pasaran Malaysia, V-Strom 250 SX menampilkan pelindung tangan pada handlebar dan tempat pemijak off-road. Turut tersedia ialah 'carrier' aluminium yang bukan sahaja untuk meletakkan kotak barang tetapi juga menjadi tempat pemegang pembonceng.

V-Strom 250SX hadir dengan tayar hadapan bersaiz 19-inci dan 17-inci di belakang (tayar jenis jagung @ semi block) yang dipadankan dengan brek hadapan jenis cakera (310mm depan / 240mm belakang) beserta sistem ABS dua saluran.

Jentera kembara terbaru dari Suzuki ini ditawarkan pada harga asas RM17,800 dengan tiga pilihan warna iaitu Champion Yellow, Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black. RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.