RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Ogos 2024

Haochen HS150T-B - Skuter + Chopper? Padu Juga ye...

Perkenalkan Haochen HS150T-B, model skuter 'unik' yang datangnya dari China. Sudah pasti rekabentuknya mendapat inspirasi daripada jentera ikonik Harley-Davidson dan kali ini digabungkan konsep itu dengan segmen skuter.

Rekabentuk? Hadir dengan lampu utama jenis bulat seperti model ciptaan Amerika yang popular. Begitu juga dengan bar pemegang tiub bengkok ke atas yang dilengkapi dengan cermin sisi juga berbentuk bulat. Model ini dianggunkan lagi dengan pemilihan panel meter jenis TFT berwarna penuh tetapi tidak ada pula sebarang info tentang sistem penyambungan (navigasi, audio, telefon pintar).

Haochen HS150T-B disempurnakan dengan enjin 150cc, sistem sejukan cecair yang memberikan maksimum 9.5 kW pada 8,500 rpm. Tempat duduk diletakkan agak jauh dari bar hendal, memberikan ruang kaki yang luas untuk penunggang. Haochen ini didatangkan dengan fork hadapan jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal di belakang. 

Untuk memantapkan lagi spesifikasi skuter ini, ia dilengkapi dengan brek jenis cakera tunggal untuk kedua-dua tayar manakala sistem ABS pula hanya dipasangkan di bahagian hadapan. Tangki bahan api boleh memuatkan sehingga 4.8 liter, membolehkan jarak kira-kira 200 km memandangkan penggunaan yang diumumkan sebanyak 2.3 liter setiap 100 km.

Terdapat beberapa pilihan warna: putih, merah jambu, merah, ungu dan biru. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.