RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 September 2024

MODENAS Perkenalkan Versys 650 SE & Kawasaki Z900RS SE ke Pasaran

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan dua model menarik iaitu Modenas Versys 650 SE dan Kawasaki Z900RS SE.

Versys 650 SE baru ini sudah pasti menjadi teman pengembaraan terbaik. Ia dilengkapi dengan sistem kotak barang (pannier) jenis 'Quick-Release' bersaiz 56 liter yang menawarkan ruang simpanan cukup luas untuk percutian yang lama. Sistem kunci pannier ini mudah - hanya guna satu kunci sahaja, menjadikannya mudah untuk pemilik Versys ini.

Pannier model ini bukan sahaja direka cantik dan sporty malah ia cukup praktikal.  Ruangnya besar, boleh memuatkan kebanyakan topi keledar jenis 'fullface' dan dipasang dengan kemas pada motosikal. Versys 650 Edisi Khas ini dikuasakan oleh enjin berkembar selari 649cc yang memberikan kelancaran pecutan untuk berulang-alik ke bandar termasuk penjelajahan jarak jauh.

Harga untuk Versys 650 SE (Metallic Spark Black) ialah RM43,600 manakala untuk warna Candy Lime Green/Metallic Flat Spartk Black ditawarkan pada harga RM44,200.

Kawasaki Z900RS SE pula menawarkan bukan sekadar prestasi enjin mantap tetapi juga penggayaan rekabentuk 'oldschool' yang cukup menawan. Model ini adalah penghormatan kepada model Z1 yang ikonik, sudah pasti menjadikan pemilik jentera ini lebih menyerlah walau ke mana sahaja. 

Enjinnya bersesaran 948cc, dengan kuasa 104hp dan sistem transmisi 6-kelajuan. Model gaya retro ini mempunyai pelana setinggi 800mm dan berat sekitar 214kg.

Z900RS SE dilengkapkan dengan penyerap hentak belakang jenis Ohlins S46 yang menyumbang kepada rasa tunggangan yang lebih lembut. Saspensi hadapan telah diperhalusi termasuk berwarna emas untuk dipadankan dengan penyerap hentak baru jenis Ohlins di belakang.

Untuk memberhentikan jentera ini dengan cemerlang, 900RS SE didatangkan dengan brek Brembo 300mm di depan dan 250mm di belakang serta hadir dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Kawasaki Z900RS SE ditawarkan pada harga RM73,300 dengan warna menarik, Metallic Flat Spark Black / Metallic Matte Carbon Gray.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman website rasmi Kawasaki, https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.