RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Oktober 2024

Ducati Malaysia Lancarkan Multistrada V4 RS Baru. Harga RM285,900

Ducati Malaysia sangat teruja untuk memperkenalkan model terbaru iaitu Multistrada V4 RS, sebuah jentera pengembaraan yang digabungkan dengan prestasi hebat jentera superbike. Sudah pasti Ducati Multistrada V4 RS memberikan penanda aras baru untuk motosikal kembara berprestasi di Malaysia.

Ducati ini disempurnakan dengan enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 180hp (10bhp lebih tinggi daripada Multistrada V4) dan tork 118Nm. Untuk pengendalian yang lebih tepat, sub-kerangkanya diperbuat daripada titanium.

Tidak kira di jalanan biasa mahupun di laluan-laluan sukar, prestasi Ducati ini tidak akan mengecewakan. Fork hadapan jenis USD dari Ohlins berdiameter 48mm, pemampat elektronik dan pelarasan redaman dari sistem pengurusan Öhlins Smart EC 2.0. Pergerakan di belakang pula dikawal oleh penyerap hentak elektronik jenis Ohlins TTX36 boleh dilaras sepenuhnya.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR17 dilengkapkan dengan brek cakera 330mm Brembo Stylema manakala tayar belakang bersaiz 190/55 ZR17 dengan brek cakera 265mm Brembo dan kedua-duanya hadir dengan sistem ABS. Tayar-tayar ini dipasang pada rim aluminium bertempa dari Marchesini yang memastikan pengendalian cemerlang dalam apa juga keadaan.

Dari segi penggayaan, Multistrada ini memangnya sebuah hasil kerja yang bijak dan penuh kejiwaan yang diterjemahkan melalui lampu hadapan jenis LED beserta DRL, ruang laluan angin di fairing sisi padu, sistem ekzos yang mantap, panel meter TFT 6.5", kerangka jenis trellis dan pakej corak warna yang memang menarik.

Ia juga hadir dengan komponen gentian karbon pada beberapa bahagian seperti fender hadapan, pelindung tangan, haba perisai dan "paruh" hadapan yang merupakan 'item' eksklusif untuk Multistrada V4 RS ini.

Antara teknologi terkini yang terdapat pada Ducati ini ialah Ducati Quick Shift, Hands-free, Backlit handlebar, Ducati Connect and full-map navigation system, Riding Mode, Power Mode, ABS Cornering, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Daytime Running Light, Ducati Cornering Light, Ducati Brake Light, Vehicle Hold Control dan Radar system (Adaptive Cruise Control + Blind Spot Detection).

Harga asas untuk Ducati Multistrada V4 RS ini ialah RM285,900 dan kunjungi pengedar sah Ducati di seluruh negara untuk memiliki jentera kembara hebat ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.