RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 November 2024

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-45 dan pengeluaran motosikalnya yang keenam juta, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Para VIP melancarkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad.
Para VIP melancarkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad.

Dengan pelancaran model edisi terhad ini merupakan komitmen Yamaha Motor dalam menggabungkan prestasi tinggi dan kesenian. Y16ZR 6MRO menampilkan skema warna asimetri yang inovatif di mana setiap sisi motosikal mempunyai warna yang berbeza sekaligus dapat menyerlahkan lagi jentera ini.

Dari segi spesifikasi masih sama, model ini didatangkan bersama enjin VVA yang bersesaran 155cc, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini beserta sistem klac jenis Assist & Slipper mampu menawarkan kuasa maksimum 17.7hp pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000rpm.

Selain disempurnakan kemasan dua warna, jentera ini diserlahkan lagi dengan ciri menarik seperti emblem ‘Glow In The Dark’ yang pertama pada model Yamaha. Selain itu, terdapat juga nombor siri khas bersama lencana ‘6MRO’ yang dilekatkan pada panel dada hadapan sebelah kiri. Lebih menarik lagi, model ini disempurnakan dengan effect Chameleon yang terdapat di panel dada dan sisi jentera.

Menurut pihak HLYM, Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad hanya dipasarkan sebanyak 3,000 unit sahaja di seluruh negara bermula 1hb Disember 2024 pada harga asas bermula RM13,668 (tanpa cukai jalan & insurans). Para pembeli jentera ini akan menerima hadiah topi keledar Tekhne dan kotak eksklusif yang mengandungi replika motosikal Yamaha Y16ZR 6MRO, plat sijil dan jam Casio G-Shock. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.