RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2024

KTM 390 Adventure 2025 dengan berorientasikan dunia lasak

KTM 390 Adventure R 2025 bakal hadir ke pasaran global dengan 'wajah' baru yang sama sekali berbeza dengan varian 390 Adventure yang berada di pasaran sekarang ini.

KTM baru ini tampak lebih segar, lengkap dengan talaan yang lebih berorientasikan dunia lasak. Enjin yang diwarisi daripada model Duke 390 terbaharu ini menghasilkan hantaran kuasa sekitar 45hp dan daya pecutan yang cukup mengagumkan.

KTM 390 Adventure R juga menampilkan casis yang direka serba baru, bentuknya yang mengingatkan kita dengan jaguh-jaguh KTM dalam perlumbaan lasak, Dakar. Inspirasi untuk rekabentuknya adalah dari model 450 Rally yang jelas dapat dilihat menerusi Madgad hadapan yang tinggi, cermin pengadang angin yang direka agak menegak dan bahagian 'ekor' belakang yang memang cantik.

Kerangkanya dibuat daripada tiub keluli dipadankan dengan sub-kerangka khusus yang menjadikan jentera ini tegar, tangkas dan tegap di laluan-laluan mencabar.

Seperti model-model KTM yang lain, sistem saspensi model baru ini datangnya dari WP bagi memastikan proses penyerapan hentakan cukup cemerlang. KTM 390 Adventure R ini hadir dengan tayar bersaiz 18 dan 21 inci yang dikawal oleh brek-brek jenis cakera (tunggal) di depan dan belakang.

Model baru ini dijangka akan tiba di pasaran Eropah pada suku pertama tahun 2025 nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.