RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Disember 2024

Ducati Panigale V4 Tricolore - Versi Perayaan

Panigale V4 Tricolore meraikan generasi terbaru jentera sport dari Ducati. Model edisi terhad  ini menggabungkan tradisi dan inovasi berdasarkan Panigale V4 S baharu.

Hanya 1000 unit Panigale V4 Tricolore dihasilkan dan ia adalah untuk memberi penghormatan kepada sejarah Ducati dan padat dengan kemantapan teknikal seperti rim gentian karbon dan sistem brek Brembo 'race-ready'. Model Tricolore ini merupakan ekspresi gemilang kejuruteraan Itali.

Panigale V4 Tricolore ini juga merupakan generasi ketujuh jentera Sport keluaran Ducati dan merupakan motosikal jalanan pertama yang dilengkapi dengan brek cakera 'finned' dari Brembo T-Drive 338.5mm. Antara ciri-ciri perlumbaan yang dipadatkan pada model ini adalah tempat pemijak aluminium boleh laras dan komponen-komponen gentian karbon.

Sebagai penghormatan kepada bendera Itali, liveri/rekacorak Panigale V4 Tricolore menampilkan reka bentuk asimetri yang agresif serta menyerlahkan bentuk aerodinamik Panigale generasi terkini. Rekacorak berkotak-kotak seperti bendera yang berada pada bawah fairing menambah karaktor sport dan perlumbaan.

Antara sistem elektronik yang boleh dinikmati menerusi jentera ini ialah Mod Tunggangan, Mod 'Power', Ducati Vehicle Observer (DVO), Ducati Traction Control (DTC), DVO, Ducati Wheelie Control (DWC), Ducati Slide Control (DSC), Engine Brake Control (EBC), Ducati Quick Shift, Ducati Power Launch dan lain-lain. RR

Spesifikasi: Ducati Panigale V4 Tricolore

  • Enjin: Desmosedici Stradale V4, Desmodromic Timing, sistem sejukan cecair, Euro 5
  • Isipadu: 1,103cc
  • Nisbah mampatan: 14.0:1
  • Kuasa maksimum: 216hp pada 13,500rpm
  • Tork maksimum: 120.9Nm pada 11,250rpm
  • Sistem bahan api: sistem suntikan bahan api elektronik
  • Kotak Gear: 6 kelajuan dengan sistem Quick Shift (DQS)
  • Saspensi hadapan: fork hadapan Onlins NPX 25/30 (SV) S-EC 3.0, 43mm  boleh laras sepenuhnya
  • Saspensi belakang: Lengan ayun semetri aluminkum dengan penyerap hentak Ohlins TTX 36 (SV) S-EC 3.0 dan pemampat elektronik.
  • Brek hadapan: 2 x 338.5 x 6.2mm, cakera jenis T-Drive Finned dengan angkup Brembo Monobloc Hypure
  • Brek belakang: careka tunggal 245mm dengan Race eCBS
  • Tinggi pelana: 850mm
  • Tapak roda: 1,485mm
  • Isi tangki: 17 liter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.