RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Januari 2025

MODA SPORTER S - Skuter Maksi Terbaru Dari MODA. Harga RM17,888

Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) hari ini telah melancarkan jenama motosikal terbaru iaitu MODA yang memberi tumpuan dalam pemasaran produk skuter di pasaran negara. Turut dilancarkan bersama pada majlis tersebut ialah MODA Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc.

Pengenalan MODA Sporter-S telah secara tidak langsung membuka ruang kepada segmen baru dengan reka bentuk berinspirasikan jentera ‘sportsbike' yang cukup aerodinamik dan 'berani'. Sporter-S disempurnakan dengan enjin Euro 4 yang bersesaran 244cc, SOHC, sistem sejukan cecair yang berkuasa 24.8hp pada 8,500rpm dan 22.5Nm tork pada 6,500rpm.

Panel meter model ini jenis TFT 6.2-inci berwarna penuh yang memberikan paparan cukup jelas pada bila-bila masa. Bahagian hadapan turut tampak 'padu dengan pemilihan lampu-lampu jenis LED (depan, belakang dan isyarat). Ruang kaki luas, posisi menunggang selesa manakala cermin pengadang angin juga agak tinggi - sesuai sewaktu skuter maksi ini memecut.

Tayar hadapan bersaiz 120/70-15 manakala di belakang bersaiz 140/60-14 yang dikawal oleh brek-brek cakera beserta sistem ABS. Untuk pergerakan lebih stabil dan lebih selamat, Sporter-S ini turut didatangkan dengan sistem Traction Control (TC).

Ditawarkan pada harga RM17,888 dan hadir dalam dua warna menarik iaitu Sporty Red dan Meteor Grey, Sporter-S kini boleh didapati di pengedar sah MODA seluruh negara.

Dengan kepakaran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang dimiliki Kumpulan AMI di utara tanahair, MODA mampu menghasilkan skuter yang sesuai untuk jalan raya dan memenuhi keutamaan penunggang di Malaysia. Kesemua skuter MODA dipasang secara tempatan (CKD) di kilang yang AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi di http://www.modamotorcycles.com. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.