RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2025

BSH Lancarkan Honda RS-X Winner Serba Baru

Boon Siew Honda Sdn Bhd secara rasmi telah melancarkan model moped terbaru mereka untuk pasaran negara iaitu Honda RS-X Winner. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna standard seperti Biru, Hijau dan Kelabu Matte dengan harga asas RM 9,998. Manakala bagi warna edisi khas iaitu Kuning boleh didapati pada harga (bilik pameran yang disyorkan) RM10,298. Kedua-dua harga adalah tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Honda RS-X Winner merupakan pengganti bagi model RS-X yang pernah dilancarkan buat pertama kali pada penghujung tahun 2021. Walaupun dari segi rekabentuknya nampak sama tetapi terdapat beberapa ciri yang dikemaskini.

Model ini digerakkan dengan enjin bersesaran 150cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm. Sebagai ciri serba baharu, RS-X Winner tampil dengan sistem Assist & Slipper yang membantu untuk mencegah kegelinciran roda belakang dengan mengekalkan kawalan serta kestabilan ketika menurunkan kedudukan gear.

Pandangan sudut hadapan dipadankan dengan sepasang lampu utama jenis LED yang menawarkan suluhan terang untuk tunggangan pada waktu malam. Lampu belakang dan lampu isyaratnya juga adalah jenis LED. Rekabentuk pada bahagian kepala dan dada turut menerima kemaskini yang baharu supaya jentera tampak agresif dan lebih aerodinamik.

Antara ciri-ciri baru yang lain seperti suis bar hendal yang berasingan, soket pengecas USB yang lengkap dengan penutup kalis air, sistem kunci pintar dan rekabentuk rim bersaiz 17-inci yang serba baru. Manakala kelengkapan lain adalah paparan meter digital, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal, tayar hadapan bersaiz 90/80-17M/C (46P), tayar belakang bersaiz 120/70-17M/C (58P), brek-brek cakera, sistem ABS, berat 123kg, tinggi pelana 795mm dan tangki bahan api 4.5 liter.

Bagi pembelian Honda RS-X Winner, para pemilik akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjut berkaitan model baharu ini sila lawati laman sesawang BSH di http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.