RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Januari 2025

AVETA lancarkan skuter 'Adventure' terbaru, Vanguard 250 (Standard & SE)

Aveta Global Marketing Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan skuter 'Adventure' terbaru iaitu Vanguard 250 yang hadir Aveta dalam dua varian iaitu Standard (SE) dan Special Edition (SE).

Untuk varian STD, harga asas yang ditawarkan ialah RM14,888 dengan 1 pilihan warna iaitu Nano Grey. Varian SE pula hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Majestic Green dan Titanium Grey yang berharga RM16,388.

Secara asasnya kedua-dua varian ini mempunyai rekabentuk yang sama tetapi dibezakan menerusi beberapa ciri-ciri luaran dan spesifikasi. Vanguard 250 disasarkan untuk para penunggang motosikal yang mahukan sebuah jentera automatik yang mampu menyusuri perjalanan jauh/dekat dengan selesa tetapi pada masa yang sama juga, boleh menikmati laluan-laluan yang agak lasak.

Skuter lasak ini didatangkan dengan enjin 244cc, SOHC, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa 24.8hp pada 6,500rpm dan tork 18.5Nm pada 8,500rpm. Ujian lasak dengan jarak perjalanan sejauh 20,000 kilometer telah dilakukan oleh pihak Aveta bagi memastikan keupayaan dan ketahanan enjin skuter ini. Dinyatakan juga laju maksimum untuk Vanguard ini ialah sektar 150km/j.

Vanguard 250 SE dilengkapkan dengan fork teleskopik berdiameter 37mm (STD:33mm), penyerap hentak belakang 'Gas-Charged Shock' (STD: penyerap hentak berkembar), sistem brek cakera 4 omboh dan tayar bersaiz 15-inci di depan dan 14-inci di belakang (STD: 14" depan & 13" belakang), sistem Traction Control, kamera video rakaman/dashcam dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Vanguard 250 juga didatangkan dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT, posisi menunggang yang selesa, sistem Kunci Pintar, cermin pengadang angin boleh laras, sistem ABS dwi-saluran dan ketinggian pelana (780mm) yang sesuiai untuk semua jenis penunggang.

Aveta Vanguard 250 akan tersedia di semua bilik pameran wakil pengedar bermula Februari ini manakala unit untuk menunggang uji, para peminat harus menunggu sehingga Mac 2025. RR

Antara ciri-ciri menarik lain ialah:

  • Ruang barang bawah pelana sebesar 13 liter
  • 2 ruang barang depan (water-resistant)
  • Posisi menunggang ergonomik
  • soket pengecas USB

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.