RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mac 2025

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Baru-baru ini, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu. Dengan perkenalan model bagi tahun 2025 ini mengukuhkan lagi barisan jenama itu di tanah air menerusi pengedar rasminya.

Tiger Sport 800 merupakan sebuah jentera sport-touring yang dinamik untuk memenuhi citarasa dunia pengembaraan buat para penunggang. Model ini didatangkan dengan enjin tiga silinder yang bersesaran 798cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya bertransmisi 6-kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 115PS pada 10,750rpm dan tork 84Nm pada 8,500rpm.

Casisnya yang ringan memberikan keyakinan untuk tunggangan agresif serta jarak jauh. Kemantapan model ini disempurnakan dengan saspensi hadapan USD jenis Showa 41mm boleh laras bersama penyerap hentak tunggal Showa RSU di bahagian belakang. Antara kelengkapan sistem elektronik yang ada termasuklah Optimised Cornering ABS, Traction Control, Triumph Shift Assist, Bluetooth, Cruise Control dan tiga mod tunggangan (Rain, Sport & Road).

Ciri-ciri lain seperti:

  • Tayar hadapan 120/70 R 17
  • Tayar belakang 180/55 R 17
  • Tangki bahan api 18.6 liter
  • Meter TFT
  • Brek cakera berganda 310mm (depan) & cakera tunggal 255mm (belakang)

Triumph Tiger Sport 800 ditawarkan pada harga asas bermula RM63,900 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan empat pilihan warna iaitu Cosmic Yellow, Caspian Blue/Phantom Black, Graphite/Sapphire Black dan Sapphire Black. Tempahan untuk model ini telahpun dibuka, 30 pelanggan pertama bakal menerima pek touring Triumph bernilai RM11,000. Antara barangan yang diterima adalah pannier dengan beg dalaman, top box yang boleh memuatkan dua buah helmet, rak bagasi, kit pemasangan top box, pad sandaran top box dan kit tongkat tengah.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi pusat pengedar rasmi Triumph yang berdekatan atau layari http://www.triumph-motocycles.my .RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.