RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Mac 2025

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.

Ranger RX2000.
Ranger RX2000.

Dengan kerjasama Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, para pencinta motosikal cruiser di Malaysia bakal melihat ketibaan jenama ini pada bulan Ogos atau September tahun ini. Perkara ini telah pun disahkan oleh COO, Mforce Bike Holding, En. Asri Ahmad ketika lawatan RR bersama para media permotoran lain ke pusat pameran X-Wedge Chongqing, China, baru-baru ini.

Voyager VS2000.
Voyager VS2000.

En. Asri turut menyatakan rancangan mereka untuk membuka empat pusat pameran X-Wedge di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah. Lebih menarik, pusat pameran X-Wedge ini akan direka dengan konsep yang sama  dengan pihak prinsipal. Pusat pameran 4S X-Wedge itu nanti menawarkan ruang pameran, pusat servis, penjualan alat ganti, aksesori, barangan peribadi rasmi termasuklah ruang santai yang lengkap cafe menarik.

Vanguard VT2000.
Vanguard VT2000.

X-Wedge akan memperkenalkan 4 model terlebih dahulu. Ia terdiri daripada Rover RL2000, Walker WR2000, Vanguard VT2000 dan Ranger RX2000. Terdapat satu lagi model iaitu Voyager VS2000, lengkap dengan side-car yang dikatakan belum sesuai untuk pasaran negara.

Rover RL2000.
Rover RL2000.

Melihat jentera-jentera ini dari dekat, kualiti pembikinannya memang tinggi dan setanding dengan jenama lain. Ini adalah kerana produk X-Wedge ini direka dan dibangunkan oleh KISKA Design yang juga merupakan pereka jenama untuk beberapa syarikat pengeluar motosikal lain seperti CFMOTO, KTM, Husqvarna, Schuberth dan lain-lain.

Para media bukan sahaja dibawa ke pusat pameran X-Wedge malah turut berpeluang menunggang uji model-model tersebut di ruang ujian yang disediakan khas di kilang X-Wedge di Chongqin. Antara model-model yang sempat RR uji ialah Rover RL2000, Vanguard VT2000, Ranger RX2000 dan Voyager VT2000.

Paling disukai ialah Ranger RX2000 yang memiliki hantaran kuasa yang mantap di samping pengendalian yang cukup mengujakan. Rover RL2000 juga lincah dan tidak sukar untuk dikendalikan walaupun memiliki tubuh badan cukup besar. Menunggang Vanguard VT2000 memang terasa besar dan mewahnya. Tiga tayar di belakang itu memerlukan masa untuk keserasian tetapi apabila sudah faham cara menunggangnya, Vanguard memang bagaikan raja di jalanan.

Rover RL2000.
Rover RL2000.

Paling sukar untuk kami kendalikan ialah Voyager VS2000 ia sudah semestinya disebabkan 'side-car' di sisi kanan itu. Agak lama juga untuk kami mencari kaedah mengendalikannya lebih-lebih lagi di laluan berselekoh. Memang perlu banyak masa kalau nak mahirkan diri.

Ranger RX2000.
Ranger RX2000.

Pastinya ketibaan model-model mantap dari X-Wedge ini dinanti-nantikan oleh para peminat dunia cruiser tanahair dan apa yang dapat kami kongsikan ialah penantian itu memang berbaloi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.