RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mac 2025

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Selain model CBR150R dan X-ADV 750, Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Honda NSS250 tampil dengan teknologi canggih dan rekabentuk premium yang menawarkan prestasi dipertingkatkan untuk kegunaan harian ataupun mengembara. Model ini dijana enjin 249.5cc esP+ yang menghasilkan maksimum 17kW pada 7,750rpm dan nilai torknya 24Nm pada 6,250rpm. Model ini juga menjanjikan kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan. Dengan peningkatan praktikal dan pilihan warna segar, NSS250 kekal sebagai antara skuter pilihan yang bergaya, serba boleh dan inovatif untuk sebarang perjalanan.

Skuter ini didatangkan dengan paparan meter TFT 5-inci serba baharu dan jelas untuk memudahkan kita melihat segala informasi yang terdapat pada meter. Tambahan pula, dengan adanya Honda RoadSync, penunggang boleh mengakses sistem navigasi, panggilan dan muzik dengan mudah melalui set kepala topi keledar yang disambungkan menerusi sistem Bluetooth.

NSS250 menampilkan cermin penghadang angin elektronik untuk perlindungan dan mengurangan tamparan angin ketika menunggang laju. Selain itu, saluran udara hadapan meminimumkan rintangan angin bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa. Sistem pencahayaan LED meningkatkan lagi pandangan hadapan untuk tunggangan pada waktu malam bagi memastikan perjalanan yang lebih selamat.

Dari segi kemudahan dan keselamatan tambahan pada model ini, NSS250 turut ditampilkan bersama sistem Kunci Pintar yang membolehkan penunggang menghidupkan jentera tanpa menggunakan kunci fizikal. Menerusi sistem ini juga memudahkan pemilik membukan ruang simpanan yang ada di bawah pelana. Teknologi ini juga mempunyai sistem anti-kecurian untuk menghalang jentera diusik tanpa kebenaran. Terdapat juga butang jawab-balik pada remote untuk mencari motosikal yang dileyakkan di lokasi sesak.

Antara ciri-ciri lain yang dipadankan pada NSS250 adalah fork teleskopik 33mm, kerangka jenis keluli tiub, penyerap hentak berkembar di belakang, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Emergency Stop  Signal (ESS), tangki bahan api 11.7 liter, berat 185kg dan tinggi pelana 780mm.

Honda NSS250 ditawarkan pada harga asas bermula RM25,888 dengan lima pilihan warna seperti Pearl Smoky Gray, Matte Gun Powder Black Metallic, Candy Rosy Red serta dua lagi warna baru iaitu Pearl Jubilee White dan Pearl Shining Black. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.