RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 April 2025

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

Bersempena dengan sesi lawatan bersama para media di kilang SYM yang terletak di Taiwan, kami diperkenalkan dengan sebuah model yang bakal masuk ke Malaysia tidak lama lagi iaitu SYM ADXTG 400.

Model ADXTG 400 ini diinspirasikan dari haiwan pemangsa purba iaitu sejenis harimau 'sabre-toothed'. Seperti yang kita lihat rekabentuk model ini cukup agresif terutama pada bahagian hadapan. Lampu utama jenis LED manampilkan ekspresi mata yang tajam. Manakal lampu DRLnya yang jenis LED berbentuk taring harimau purba. Manakala bahagian panel tengah di antara lampu utama itu seakan akan hidung harimau yang memberikan imej pemangsa yang kuat. Bahagian belakang pula dilengkap dengan sepasang lampu belakang LED yang berbentuk 'M'.

SYM ADXTG 400 didatangkan dengan enjin 399cc, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi CVT dengan pacuan akhir jenis rantai ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 35hp pada 7,000rpm dan tork 37Nm pada 5,500rpm. Sebagai sebuah enjin yang serba baru, ADXTG turut dibantu dengan teknologi Hyper-VVS (Hyper Variable Valve System) di mana sistem ini menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih jimat serta menawarkan prestasi enjin tidak mengecewakan.

Dari segi keselesaan, terdapat juga dua unit pengimbang di dalam enjin untuk mengurangkan gegaran pada motosikal. Sistem saspensi hadapan pula jenis terbalik manakala bahagian belakang menggunakan swingwarm jenis aluminium dengan Sanyang Multilink Suspension. Bahagian handlebar pula boleh dilaras mengikut keselesaan penunggang. Cermin penghadang anginya juga boleh dilaras secara manual.

Sebagai sebuah skuter maksi dengan gaya ADV, bagi memudahkan pergerakan terdapat juga ruang simpan bawah pelana seluas 32 liter. Ruangan ini mampu memuatkan sebuah topi keledar bersaiz XXL. Apa yang menariknya lagi pada ADXTG ini  adalah mod tunggangan off-road diikuti dengan sistem ABS dan Traction Control.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini seperti pelindung tangan, tangki bahah api 13 liter, brek cakera 275mm (depan) & 233mm (belakang), soket pengecas USB, pelindung enjin, Lampu Brek Kecemasan (EBL), tayar hadapan 120/70-15, tayar belakang 150/70-14, sistem kunci pintar serba baru dan paparan meter jenis LCD.

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025. Menurut Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, model bakal ditawarkan pada harga di bawah RM30k sahaja. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia