RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 April 2025

Mforce Bike Holdings akan lancarkan skuter unik, SYM CLBCU. Harga rasmi belum dinyatakan....

Seperti yang dijanjikan. Inilah skuter seterusnya dari SYM iaitu CLBCU yang juga akan diperkenalkan ke pasaran negara nanti. Skuter kecil molek ini adalah satu gabungan idea “crossover and unique” yang dapat dilihat menerusi bentuk padat dan ketangkasan bagaikan burung 'Hummingbird’\

Skuter ini menampilkan penggunaan palam pencucuh berkembar menerusi Enhanced Multi-Ignition System atau “EnMIS”. Ia disempurnakan dengan enjin 125cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara, OHC yang menghasilkan kuasa 7.1kW pada 7,000rpm dan tork 10.4Nm pada 5,500rpm. Berdasarkan ujian yang dijalankan di Taiwan, skuter ini mampu mencapai jarak perjalanan 60.9 km/l dengan saiz tangkinya sebesar 6.5 liter.

Keunikan warna skuter ini diinspirasikan oleh warna-warna cerah burung Hummingbird. Teknik 'coating' berbilang lapisan dilakukan pada model ini agar ia akan dilihat berbeza mengikut tahap kecerahan dan keadaan sekeliling. Ini bermakna, warna CLBCU yang sentiasa berubah semasa menunggang.

Pelananya hanya setinggi 745mm, sememangnya sesuai untuk penunggang baru dan pastinya peminat wanita. Kedua-dua tayar model ini dipadankan dengan brek jenis cakera (depan) dan gelendong (belakang) + sistem CBS.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Lampu-lampu LED
  • Panel meter LCD
  • Cermin sisi boleh putar
  • Ruang simpanan barang 22.5 liter
  • Sistem pengecas kilat 3.0

Harga pasaran masih belum dinyatakan secara rasmi, maka sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.