RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mei 2025

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW F 900 XR Baru. Harga bermula RMRM82,500

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW F 900 XR yang mengembangkan lagi rangkaian motosikalnya untuk memenuhi pelbagai keperluan dan cita rasa penunggang di Malaysia. Dengan penambahan terbaru ini, BMW Motorrad Malaysia terus menawarkan prestasi premium dan kejuruteraan tercanggih ke pasaran tempatan.

BMW F 900 XR baru hadir dengan pelbagai penambahbaikan teknikal dan visual, bersama kelengkapan standard yang dipertingkatkan secara signifikan untuk jentera kembara. Sementara itu, BMW R 12 nineT Serba pula mengangkat warisan BMW Motorrad sebagai sebuah roadster klasik yang menggabungkan reka bentuk motosikal klasik dengan teknologi moden yang sememangnya cukup ideal untuk tunggangan dinamik di jalan-jalan desa.

BMW F 900 XR menawarkan pengendalian yang mantap merentasi pelagai jenis  permukaan mencabar. Model ini dilengkapi dengan fork teleskopik jenis terbalik USD berdiameter 43mm, yang mengawal pergerakan roda hadapan dengan cemerlang. Rim aluminium 17 inci baru jenis tetuang kini 1.8 kg lebih ringan berbanding model terdahulu, manakala bateri model baru ini juga 0.8 kg lebih ringan. Ini menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan sebanyak 3kg.

Sebagai ciri standard, beberapa penambahbaikan lain telah dilakukan untuk meningkatkan kemampuan dan keselesaannya. Antaranya, aerodinamik hadapan yang dioptimumkan manakala pelindung angin dan pelindung tangan telah direka semula. Lampu hadapan 'Pro' kini dilengkapi sebagai ciri standard manakala lampu belakang direka baru, disepasukan dengan lampu isyarat. Ciri standard baharu lain termasuk port pengecasan USB-C.

BMW F 900 XR Baharu dikuasakan oleh enjin berprestasi tinggi 2-silinder, empat lejang, 895cc, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 105hp (77 kW) pada 7,500 rpm serta tork 93 Nm pada 6,750rpm. Model ini juga hadir dengan sistem transmisi 6-kelajuan dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.6 saat. Dengan kelajuan tertinggi melebihi 200km/j.

BMW F 900 XR baru ini turut didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik moden seperti Dynamic Brake Control (DBC), BMW Motorrad ABS Pro, Gear Shift Assistant Pro (membolehkan penukaran gear tanpa klac) dan sistem Tyre Pressure Control (TPC) yang memantau tekanan tayar dan memberi amaran kepada penunggang apabila perlu. Tidak lupa juga dengan sistem Keyless Ride dan pemberi nikmat untuk pengembaraan jarak jauh iaitu sistem Cruise Control.

BMW F 900 XR baru ditawarkan dalam warna Racing Blue/Lightwhite uni, pelana berwarna hitam, spoiler enjin berwarna Racing Blue Metallic, rim warna Racing Red, dan enjin berwarna Avus Black. Nilai jualana asas untuk model ini ialah RM82,500. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.