RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Mei 2025

Yamaha XMAX 2025 Tampil Dengan Beberapa Ciri Dinaik Taraf – RM24,888

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motor dengan bangganya melancarkan skuter terbaru iaitu Yamaha XMAX. Sebagai jentera bagi tahun 2025, model ini kini tampil dengan beberapa ciri yang telah dinaik taraf bagi memenuhi citarasa para peminatnya.

Yamaha XMAX 2025 menampilkan rekabentuk yang lebih anggun dengan menampilkan cermin penghadang angin boleh laras secara elektronik. Dengan hanya menekan butang yang ada pada bar hendal sebelah kiri, penunggang boleh menaikkan atau menurunkan cermin penghadang angin mengikut keselesaan ketika menunggang.

Selain itu, paparan meter TFT 4.2-inci dan LCD 3.2-inci ini juga direka semula di mana pada model sebelum ini ianya disusun secara bertingkat. Namun untuk model baru bahagian LCD kini diletakkan bersebelahan paparan TFTnya. Menerusi meter ini perjalanan juga akan menjadi lebih mudah melalui sistem navigasi Garmin yang boleh didapati secara percuma dan boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi Y-Connect.

Dari segi enjinnya masih lagi sama. XMAX 250 didatangkan dengan enjin 250cc, silinder tunggan, SOHC yang mampu menghasilkan kuasa 22.5hp pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm pada 5,000rpm.

Antara kelengkapan lain seperti Emergency Stop Signal (ESS), soket pengecas USB Type-C, brek-brek cakera, Traction Control, tangki bahan api 13 liter, berat 183kg dan tinggi pelana 805mm.

Yamaha XMAX 2025 ditawarkan pada harga asas RM24,888 dengan dua pilihan warna iaitu Ceramic Grey dan Icon Red. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.