RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Mei 2025

MAS2025|MODENAS Perkenalkan Empat Model Baru

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) merupakan sebuah syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) telah memperkenalkan empat model terbaru yang melibatkan tiga buah jenama motosikal. Model-model yang dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025 ialah siri terbaru Modenas MEV, Kawasaki Ninja H2 SX SE dan Modenas Kymco DTX 250.

Modenas MEV-2 merupakan sebuah skuter elektirk yang amat sesuai digunakan di kawasan-kawasa urban. Model ini menggunakan bateri jenis ATL Litium 74V30Ah (pilihan dua bateri) yang menghasikal puncak kuasa maksimum sehingga 5.1kW. Dengan cas penuh model ini boleh digunakan sehingga jarak perjalanan 107 kilomter.

Kelajuan maksimum adalah 80 km/j. Ciri-ciri lain seperti pengecas atas papan (ON-Board Charger), fork teleskopik, brek cakera dengan sistem CBS dan lampu-lampu LED. MEV-2 ditawarkan pada harga bermula RM9,878 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Sementara itu, terdapat satu lagi skuter elektrik dari Modenas iaitu MEV-1 PRO/PRO SX yang boleh digunakan untuk perjalanan jarak jauh di bandar atau  luar bandar. Dengan menampilkan bateri jenis ATL Litium (60V45Ah (pilihan dua bateri), model ini hadir dengan kuasa elktrik 4.3kW (EEC) dan 4.9kW pada kuasa puncak.

Antara kelengkapan yang ada seperti pengecas atas papan (ON-Board Charger), fork teleskopik, brek cakera dengan sistem CBS serta tork yang ditala semula untuk pecutan. Harga bagi skuter ini bermula RM13,470 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Selain itu, Modenas Kymco DTX 250 merupakan skuter dwi-guna dengan menampilkan rekabentuk bergaya dan sesuai untuk kegunaan di dalam bandar serta pengembaraan. Model ini didatangkan dengan enjinberkapasiti 246cc, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair.

Enjin transmisi jenis CVT ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 17kW pada 7,500rpm dan 23Nm pada 6,000rpm. Model ini juga disempurnakan dengan ciri-ciri terkini sepeti sistem kunci pintar, meter LECm lampu-lampu LED dan ruang simpanan bawah pelana yang luas. Modenas Kymco DTX 250 ditawarkan pada harga asas RM22,500 (tanoa insurans dan cukai jalan).

Kawasaki Hadir dengan perkenalkan model sport touring iaitu Ninja H2 SX SE. Model ini hadir dengan enjin 998cc, empat silinder dengan teknologi Supercharge. Jentera ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 154kW (dengan RAM Air) pada 11,000rpm dan tork 137Nm pada 8,500rpm.

Kelengkapan elektronik seperti Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System (KIBS), Kawasaki Cornering Management Function (KCFM), Kawasaki Traction Control (KTRC) dan Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS). Kawasaki Ninja H2 SX SE boleh didapati pada harga asas RM129,400. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.