RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Mei 2025

SYM ADXTG 400 Sudah Mendarat di Malaysia - RM29,888

Pada April yang lalu, wakil RR berpeluang menyertai sesi lawatan media ke kilang SYM di Taiwan serta dipertontonkan sebuah skuter Adventure dari SYM iaitu ADXTG 400. Oleh itu, secara rasminya Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah membawa masuk model tersebut ke pasaran negara.

Dari segi rupabentuknya memang cukup agresif sekali. Model yang dibina ini berinspirasikan dari haiwan purba iaitu sejenis harimau 'sabre-toothed'. Rekabentuk lampu utamanya jenis LED menampilkan seakan-akan seperti mata manakala lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk taring harimau purba. Bahagian belakang dimantapkan dengan lampu LED yang berbentuk 'M'.

Model ini dipadankan bersama enjin 399cc, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair yang berupaya menghasilkan kuasa 35hp pada 7,000rpm dan tork 37Nm pada 5,500rpm. Lebih menarik lagi, enjin pada motosikal ini turut dibantu dengan teknologi Hyper-VVS (Hyper Variable Valve System) di mana sistem ini menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih jimat.

Keunikan pada jentera ini menerusi saspensi belakang jenis swingarm jenis aluminium dengan Sanyang Multilink Suspension. Bahagian hadapan pula adalah jenis fork USD.  Bahagian hendal bar dia boleh dilaras mengikut keselesaan penunggang. Sebagai sebuah skuter Adventure, ADXTG 400 dilengkapi cermin penghadang angin boleh laras.

Ciri-ciri lain yang menarik adalah ruang bawah pelana 32 liter, mod 'off-road', sistem ABS dua saluran, Traction Control, brek-brek cakera, sistem kunci pintar yang moden, paparan meter LCD, soket pengecas USB, pelindung enjin, Lampu Brek Kecemasan (EBL), tangki bahan api 13 liter dan pelindung tangan.

SYM ADXTG 400 hadir dengan tiga pilihan warna seperti Grey, Dark Grey dan White. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM29,888. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.