RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Mei 2025

CFMOTO 250NK Lite - Harga Marhaen RM9,888

Ini mungkin pencabar baru yang menawarkan harga jualan yang sukar untuk dipercayai. Sebuah jentera jalanan 250cc baru daripada CFMOTO iaitu 250NK Lite yang baru sahaja dilancarkan pada harga jualan RM9,888. Ya...streetbike 250cc bawah RM10,000!

CFMOTO 250NK Lite ini hadir dengan enjin 249cc, sistem sejukan cecaur, silinder tunggak yang berkuasa 27.4hp pada 9,750rpm dan tork 22Nm pada 7,500rpm. Dari segi rekabentuknya pula, ia disempurnakan dengan sistem pencahayaan LED yang cukup terang termasukan lampu isyarat di depan dan belakang.

Berinspirasikan DNA siri NK dari CFMOTO yang penggayaan bentuk-bentuk tajam yang jelas dapat kita pada bahagian hadapan, belakang dan sisi fairing.

Casisnya ala trelis yang bertegaran tinggi, memudahkan kita mengendalikannya di laluan berselekoh atau memecut dengan stabil dan meyakinkan. Tinggi pelananya hanya 785mm, mudah dipanjat hampir oleh sesiapa sahaja. Posisi menunggang pula cukup relaks, sesuai untuk penggunaan di kawasan urban mahupun menikmati hujung minggu di destinasi pilihan masing-masing.

Tayar hadapan bersaiz 110/70 R17, belakang 140/60 R17 yang dikawal oleh brek-brek cakera (292mm hadapan/220mm belakang) serta sistem ABS dwi saluran. Fork hadapan jenis teleskopik yang bersaiz 37mm manakala keselesaan bahagian belakang dibantu oleh sistem penyerap hentak tunggal.

Memang best kerana tangkinya juga agak besar, 12.3 liter. Memang 250NK Lite ini antara motosikal yang sesuai untuk mereka yang bekerjaya di kawasan urban mahu pun teman berulang alik dari tempat kerja.

Model baru ini berharga RM9,888 dan didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Nabula Black, Nabula White, Zephyr Blue & Bordeaux Red. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.