RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Jun 2025

YADEA GT20 Masuki Pasaran Negara - RM4,998

YADEA Malaysia telah menambah lagi rangkaian motosikal elektrik (EV) mereka di Malaysia dengan memperkenalkan model terbaru iaitu GT20.

Skuter elektrik ini dikuasakan dengan motor elektrik jenis wheel hub yang boleh menghasilkan kuasa pada 2kW manakala kuasa puncak sehingga 3.2kW dan nilai torknya sekitar 160Nm.

Sebagai sebuah skuter elektrik gaya urban berkeupayaan mendaki laluan condong sehingga 15 darjah. GT20 menggunakan bateri jenis graphene yang berkapasiti 72V38Ah yang boleh bergerak sejuah 105 kilometer dengan sakali pengecasan penuh yang mengabil masa sekitar 6 hingga 8 jam. Manakala kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali pengecasan

Selain itu, model ini jugak turut menyokong sistem penjanaan semula tenaga (Energy Recycling) bagi mengekalkan tahap kuasa ketika membrek atau menurun bukit.

Bahagian roda pula dipadankan dengan rim aloi aluminium bersaiz MT2.15-12. Kedua-dua rim ini disaluti dengan tayar bersaiz 90/80.Dari segi pakej seleamatan pula terdapat sistem brek jenis cakera di mana kedua-dua brek ini menggunakan teknologi CBS.

Ciri-ciri lain yang ada pada model ini seperti tinggi pelana 768mm, ruang bawah pelana 28 liter, lampu-lampu LED, dua mod tunggangan, pemegang untuk pembonceng, soket pengecas USB Type-A dan tempat sangkut barang tersembunyi.

YADEA GT20 didatangkan dengan tiga pilihan warna seperti Metal Grey, Dark/Orange dan Green/Gold. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM4,998. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia