RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Julai 2025

BENDA Napoleon Bob 250 Kini Di Pasaran Negara. Harga asas RM20,888

Kalau anda inginkan sebuah jentera bobber 'custom' yang unik dan cukup menarik, pastinya BENDA Napoleon Bob 250 adalah pilihan yang tepat.

Model ini telah pun dipertontonkan tahun lalu dan kini telah tersedia untuk dimiliki oleh para pencinta dunia custom pada harga asas RM20,888 dan diserikan dengan empat pilihan warna iaitu Black, Silver, Green dan Orange.

YB Daniel Gooi Zi Sen merasmikan MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading.
YB Daniel Gooi Zi Sen merasmikan MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading.

Pengenalan model ini disempurnakan bersama acara pembukaan rasmi MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading yang beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. D sini terdapat ruang pameran yang luas, selesa dan cukup menarik untuk dinikmati oleh setiap pelanggan yang hadir.

Kembali dengan Napeleon Bob 250, Hadir dengan enjin 250cc, silinder-v berkembar yang menghasilkan kuasa maksimum setinggi 19Kw (25hp) pada 9,000rpm berserta tork maksimum 25Nm pada 5,500rpm.

Walaupun Napeleon Bob 250 ini membawa imej klasik, tetapi ia adalah sebuah jentera yang padat dengan teknologi terkini seperti sistem Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI) untuk perjalanan yang lancar dan menjimatkan.

Model ini didatangkan dengan sistem Traction Control (TCS) yang menghalang jentera ini daripada mudah tergelincir. Sistem ini akan juga mengawal kelajuan putaran roda dan mengurangkan kemungkinan berlakunya tergelincir. Selain itu juga Napoleon ini juga dilengkapkan dengan sistem Slipper Clutch dan semestinya sistem ABS.

Tayar hadapan bersaiz 130/80-18 dan manakala di belakang, 160/70-18 yang mencengkam dengan cukup baik. Tangki BENDA ini sebesar 9.5 liter cukup untuk perjalanan jauh.

BENDA Napoleon Bob 250 turut mempunyai berat 195kg dengan panjang keseluruhan 2,320mm, lebar 810mm dan tinggi 1,030mm. Ketinggian tempat duduk pula adalah 750mm, cukup mudah semua penunggang tidak kira lelaki mahu pun wanita. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.