RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Ogos 2025

Ducati Multistrada V2 Baru! Lebih Padu...Lebih Mantap!

Ducati Malaysia melancarkan model kembara baru, Mulstrada V2 2025 yang kini menawarkan bukan setakat enjin serba baru tetapi pelbagai pembaharuan yang bakal memberikan kepuasan buat para pemiliknya.

Pertama sekali, model baru ini hanya 199 kg, 18 kg lebih ringan berbanding model lama. Rekabentuk keseluruhan pun lebih padu, paruh (peak) lebih pendek untuk aerodinamik dan ergonomik.Tinggi pelana untuk model V2 jenis boleh laras antara 830 - 850mm manakala untuk versi V2 S, tinggi pelananya hanya 790mm. 

Enjin 890cc V2, sistem penyejuk cecair yang dipadankan pada model ini menghasilkan kuasa setinggi 115hp pada 10,750rpm dan tork 92Nm pada 8,250mm. Model ini juga hadir dengan sistem elektronik terkini seperti Ducati Quick Shifter (DQS), Mod Tunggangan (Sport, Touring, Urban, Enduro & terbaru, Wet), sambungan telefon pintar, Cornering ABS, Ducati Traction Control, Sistem Navigasi, Ducati Wheelie Control, dan Brake Light EVO.

Ducati turut melengkapkan model ini dengan panel meter TFT (serba baru bersaiz 5-inci) yang paparannya akan berubah mengikut mod tunggangan yang telah kita guna. Maksudnya paparan untuk Mod Road, Mod Road Pro, dan Mod Rally

Paling best tentulah pada sistem saspensi elektronik eksklusif yang ditawarkan pada model S iaitu Ducati Skyhook Semi-Active yang membolehkan talaan dibuat mengikut keadaan jalan dan gaya tunggangan. Perubahan talaan dapat dibuat dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa yang diperlukan. Segala talaan ini boleh dibuat menggunamkan suis atau alat kawalan terbaru yang terdapat pada bar hendal Ducati ini.

Antara ciri menarik lain ialah Coming Home Function yang memastikan lampu hadapannya akan terus menyala untuk 30 saat apabila kita matikan suis utama. Ini adalah untuk tujuan keselamatan, memberi sumber cahaya khususnya jika kita parkir di tempat yang gelap. Model Multistrada V2 ini datangkan dalam dua varian iaitu Standard & S dan ditawarkan pada harga RM112,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.