RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 September 2025

Hanway BOB125S Diperkenalkan - RM14,800

Hanway Malaysia telah memperkenalkan model terbaru dalam siri 'B' iaitu BOB125S. Motosikal gaya Bobber ini direka khas untuk para peminat jentera klasik namun menawarkan prestasi tunggangan mengagumkan di atas jalan raya.

Model ini menampilkan rekabentuk minimalis dengan perincian retro yang diinspirasikan daripada bobber klasik dari British tetapi lengkap bersama teknologi terkini. BOB125S dijana enjin 124cc, silinder tunggal, DOHC serta sistem penyejuk cecair. Jentera ini mampu menghasilkan kuasa 14.8hp pada 10,000rpm dan tork sekitar 11Nm pada 8,000rpm.

Pelananya khas untuk penunggang merupakan tarikan utama pada jentera ini manakala hendal yang ergonomik memastikan posisi tunggangan yang lebih selesa. Bahagian hadapan dilengkapi sepasang lampu utama berbentuk bulat tetapi menawarkan sistem pencahayaan jenis LED. Paparan meternya pula jenis analog dan digital dan motosikal ini turut dilengkapi sistem ABS.

Antara kelengkapan lain seperti fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, brek cakera 300mm (depan), cakera 255mm (belakang), berat bersih 165kg, kerangka trellis serta rim 16 inci bersama tayar bersaiz 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang).

Hanway BOB125S didatangkan dengan satu pilihan warna iaitu Gloss Black yang ditawarkan pada harga runcit RM14,800 (tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.