RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 September 2025

Supermoped MODENAS Ada Sentuhan DNA KAWASAKI

Selepas hampir satu dekad sejak idea Supermoped 150 mula dibincangkan, akhir MODENAS tampil dengan jawapan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Kemunculan model ini bukan sahaja menghidupkan semula projek yang pernah dibatalkan, malah menjadi lambang kebangkitan MODENAS untuk segmen moped. Model supermoped ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti.

Baru-baru ini kami bersama beberapa media lain dijemput ke kilang MODENAS di gurun, Kedah bersempena pelancaran warna terbaru Karisma 125 EX (BRUSKY) untuk pasaran Filipina. Pada masa yang sama kami turut berpeluang melihat, menyentuh dan menunggang uji model yang sudah lama dinantikan.

Walaupun pelancarannya tidak lama lagi, namun hanya terdapat beberapa bahagian sahaja yang dapat kami kongsikan kepada umum. Pihak MODENAS memaklumkan yang meraka akan membenarkan kami mendedahkan info dan perincian lain dari masa ke semasa sehinggalah ke waktu pelancaranya nanti.

Penghasilan model supermoped 150 ini sememangnya dihasilkan sepenuhnya oleh MODENAS dan turut mendapat kerjasama dari Kawasaki. Dari pandangan pertama kami, model ini jelas menampilkan DNA Kawasaki dengan rekaan berkonsepkan Sugomi yang terkenal pada siri Z.

Lampu utama jenis LED di bahagian kepala menampakkan pengaruh Sugomi yang berbentuk tajam sama seperti model Z500. Manakala lampu belakangnya pula ringkas tetapi penuh karakter dan mengingatkan kita dengan model Streetfighter Kawasaki.

Bahagian tengah (panel dada) dilengkapi dua pasang lampu LED dengan DRL (daytime running light) yang cukup sporty dan agresif. Di bahagian atas (tengah) DRLnya terdapat hiasan seperti corong Ram-Air yang ada pada model ZX-25R dan ZX-6R.

Buat masa ini hanya bahagian lampu utama, dada dan lampu belakang sahaja yang dapat kami dedahkan. Nama rasmi (pada awalnya GT150) dan harga untuk model ini juga kami tidak dapat dedahkan dan akan diberitahu pada hari pelancarannya. Tetapi harga dijangka bawah RM10k.

Menariknya, MODENAS turut merancang untuk mengeksport model ini ke luar negara dengan penjenamaan Kawasaki. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.