RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 September 2025

YAMAHA NVX V3 Dilancarkan - Bermula RM11,998

Selepas sekian lama menunggu akhirnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha NVX 155 generasi yang ketiga. Model ini tampil dalam dua varian iaitu ABS dan SP

SP
SP

Dari segi rekabentuk keseluruhan pada jentera ini memeng nampak perubahan ketara menerusi lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat, meter dan fairing hadapan. Walaubagaimanapun Yamaha NVX 155 V3 masih dijana enjin 155cc VVA, SOHC, sistem penyejuk cecair bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp pada 8,000rpm dan tork 14.2Nm pada 6,500rpm.

SP
SP
SP-TFT, ABS-Digital.
SP-TFT, ABS-Digital.

Berbeza dengan varian ABS, model SP dilengkapi dengan teknologi Yamaha Electric CVT (Y-ECVT) sama seperti varian TURBO di pasaran Indonesia. Menerusi sistem Y-ECVT ini penunggang boleh menggunakan dua jenis mod tunggangan iaitu Town (T) untuk penggunaan bahan api lebih menjimatkan dan Sport (SP) respon enjin lebih agresif. 

Ditambah pula terdapat butang Turbo Y-Shift di sebelah kiri bar hendal dengan penawaran tiga tahap iaitu Low, Medium dan High untuk tahap daya pecutan serta nyahpecut.

Dari segi sistem keselamatan, kedua-dua varian tampil dengan sistem ABS namun untuk model SP dipertingkatkan bersama Traction Control. Selain itu varian SP juga dipadankan paparan meter jenis TFT dengan tiga jenis paparan  (ABS: Meter Digital). Manakala teknologi Y-Connect membolehkan pemilik membuat sambungan telefon pintar untuk fungsi navigasi (SP sahaja), sejarah tunggangan, peringatan servis dan rekod penggunaan bahan api.

ABS
ABS
Khas untuk Varian SP, terdapat ciri Turbo Y-Shift dan dua mod tunggangan iaitu T & S.
Khas untuk Varian SP, terdapat ciri Turbo Y-Shift dan dua mod tunggangan iaitu T & S.

Antara kelengkapan lain seperti:

  • Lampu LED sepenuhnya
  • Kerangka Bacbone
  • Tinggi pelana 790mm
  • Berat 127kg (ABS) & 130kg (SP)
  • Tangki bahan api 5.5 liter
  • Isi tangki minyak enjin 1 liter (ABS) & 1.1 liter (SP)
  • Emergency Stop Signal

Yamaha NVX ABS ditawarkan pada harga asas bermula RM11,998 dengan dua pilihan warna iaitu Electric Yellow dan Violet Rush. Manakala varian SP pada harga asas RM14,498 yang didatangkan bersama dua pilihan warna seperti Gunmetal Red dan Cyber Blu. RR

ABS
ABS

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700