RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 September 2025

ITALJET DRAGSTER 700 TWIN - Gabungan Skuter & Motosikal Sport

IMOLA, 16 September 2025 - Jenama motosikal ikonik dari Itali, Italjet secara rasminya telah memperkenalkan skuter berkuasa tinggi iaitu DRAGSTER 700 Twin Premium Edition dalam pelancaran global di Litar Antarabangsa Enzo e Dino Ferrari, Imola yang merupakan lokasi paling berprestij dalam sejarah sukan permotoran dunia.

Model terbaru ini menggabungkan rekabentuk ikonik DRAGSTER yang agresif dengan keupayaan enjin bersesaran besar, sekali gus menjadikannya jentera ini antara paling berkuasa dalam segmennya.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Italjet, Massimo Tartarini, sambutan hangat terhadap versi DRAGSTER 700 TWIN Limited Edition yang habis terjual dalam masa dua minggu membuktikan jenama itu terus mendapat tempat di hati para peminat dua roda. Motosikal ini menampilkan gabungan jiwa perlumbaan, rekaan unik dan teknokogi moden yang menjadikan pengalaman menunggang lebih menyeronokkan.

Italjet DRAGSTER 700 Twin didatangkan dengan enjin dua silinder 692cc, 4-lejang bersama sistem penyejuk cecair yang boleh menjana kuasa maksimum 68hp (51kW) pada 8,500rpm dan tork 70Nm pada 6,000rpm serta mampu mencapai kelajuan sekitar 190km/j. Walaupun tampil dengan rekabentuk sebuah skuter, Dragster 700 Twin menawarkan pengalaman tunggangan motosikal sport sebenar melalui transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah dan pacuan akhir jenis rantai. Sistem ECU Bosch memastikan prestasi optimum dalam pelbagai keadaan sambil mematuhi piawaian Euro5+ dengan pelepasan CO2 yang sangat rendah. Versi 35kW juga disediakan untuk pemegang lesen A2.

Kerangka utama pada motosikal ini jenis trellis keluli yang bertegaran tinggi manakala bahagian kepala aluminium bolt-on menjadikan berat motosikal ini hanya 190kg sahaja.

Dari segi sistem keselamatan pula, DRAGSTER 700 TWIN Premium Edition dipadankan dengan brek cakera berganda 270mm bersama kaliper Brembo di hadapan. Bahagian belakang pula menggunakan dengan brek cakera tunggal 260mm. Selain itu, model ini turut dilengkapi sistem ABS sebagai keselamatan maksimum.

Sistem saspensi pula terdiri daripada fork jenis terbalik dari Marzocchi di bahagian hadapan manakala penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang termasuk pelarasan ketinggian untuk keselesaan tambahan. Penggunaan tayar Pirelli Corsa 120/70-R15 (depan) dan 160/60-R15 (belakang) sudah pasti bakal memberikan cengkaman terbaik. Sistem lampu pada motosikal ini LED penuh, tangki bahan api 16 liter (dengan simpanan 3 liter) dan tinggi pelana pula 815mm sesuai untuk penunggang pelbagai ketinggian.

Antara kelengkapan lain yang terdapat pada Edisi Premium ini adalah sistem kamera Dashcam, ekzos Akrapovič, paparan meter TFT 5 inci pelbagai fungsi kawalan bersama sambungan Bluetooth, Pemantauan Tekanan Tayar (TPS), Traction Control (TCS) dan sistem ABS yang boleh dinyahaktifkan.

Italjet Dragster 700 Twin Limited Edition Yang Habis Terjual.
Italjet Dragster 700 Twin Limited Edition Yang Habis Terjual.

Italjet DRAGSTER 700 Twin Premium Edition akan berada di pasaran global bermula bulan Januari 2026 dengan harga €13,990 (RM69,098.01). Model ini tampil dalam dua pilihan warna iaitu Hitam/Kuning dan Merah/Putih/Antrasit. Tempahan awal boleh dibuat menerusi laman sesawang Italjet di https://italjetshop.com/products/italjet-dragster-700-premium-edition.

Dalam perkembangan lain, Italjet turut mengumumkan akan terus menjadi rakan penaja utama untuk pasukan Gresini dalam Moto2 pada musim 2026. Dua pelumba dari Sepanyol iaitu Alonso Lopez (21) dan Sergio Garcia (3) akan menggalas cabaran menggunakan jentera Kalex sebagai sebahagian daripada skuad baharu yang digelar "Spanish Armada". RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.