RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 April 2018

Yamaha XMAX 250: Yang Ditunggu Sudah TIba

Ini pastinya berita gembira buat para pencinta skuter! Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengakhiri penantian kita semua dengan melancarkan skuter maksi terbaru berkuasa 250cc yang diberi nama Yamaha Xmax 250.

Model baru ini memiliki rekabentuk luaran yang cukup sporty, moden dan menarik. Lampu utama dan lampu belakang jenis LED sememangnya tarikan utama skuter ini. Manakala posisi menunggangnya yang natural membolehkan XMax ini ditunggang untuk semua jenis perjalanan, dekat atau jauh.

Ia dicipta berinspirasikan model skuter terulung Yamaha TMax yang telah menambat hati jutaan pencinta motosikal di seluruh dunia. XMax dikuasakan oleh enjin empat lejang, SOHC, sistem penyejuk cecair, 250cc yang berkuasa 16.8kW pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm pada 5,500rpm. Dengan menggunakan pacuan akhir CVT dan sistem enjin Bluecore, XMax bukan hanya menawarkan kuasa pecutan yang mantap tetapi juga kadar penjimatan bahan api yang optimum.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh skuter baru ini ialah sistem ABS (depan dan belakang), sistem traction control (TC), sistem smart key, panel meter LCD, ruang bawah pelana besar, soket mengecas 12v, bar hendal dan cermin pengadang udara boleh laras.

Model mantap ini ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Metallic White dan Rusty Bronze pada harga bermula RM22,498.50 (termasuk GST). RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.