RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 September 2025

KAWASAKI KLX 230S & KLX 230SM Dilancarkan - Bermula RM23,000

Bersempena dengan acara Kawasaki Megatrail Fun Ride 2025, MODENAS telah melancarkan model terbaru iaitu Kawasaki KLX 230 baharu. Terdapat dua varian yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan antaranya S dan SM.

Versi 2025 ini meruopakan model yang dinaik taraf daripada model yang terdahulu dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan. Kedua-dua varian menggunakan enjin 233cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini boleh menghasilkan kuasa 17.7hp pada 8,000rpm dan tork 18.0Nm pada 6,400rpm.

Terdapat perbezaan di antara varian S dan juga SM. Untuk KLX 230S merupakan jentera enduro di mana pengguna boleh menunggang motosikal ini di jalan raya ataupun laluan offroad. Manakala KLX 230SM  adalah versi supermoto yang sangat sesuai untuk tunggangan harian di atas jalan raya.

KLX 230S didatangkan bersama rim hadapan 21 inci dan belakang 18 inci yang disaluti tayar jenis dadu. Selain itu, model ini dilengkapi fork teleskopik dan berak cakera hadapan bersaiz 265mm Beratnya pula sekitar 133kg manakala tinggi pelana adalah 845mm.

Varian KLX 230SM pula menggunakan rim hadapan dan belakang bersaiz 17 inci, fork USD 37mm dan brek cakera hadapan 300mm. Untuk beratnya pula 136kg dan tinggi pelana 840mm. Lebih menarik lagi, kedua-dua varian ini disempurnakan dengan sistem ABS yang boleh dinyahaktifkan.

Antara kelengkapan lain seperti lampu hadapan jenis LED, meter digital dengan sambungan melalui aplikasi Rideology, tangki bahan api 7.6 liter, kelegaan tanah 240mm (S) & 230mm (SM), brek cakera belakang 220mm dan penyerap hentak tunggal Uni-Tak di belakang.

Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM boleh didapati di pasaran negara bermula bulan Oktober 2025 yang masing-masing ditawarkan pada harga asas RM23,000 dan RM23,600. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.