RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Oktober 2025

MFORCE Lancarkan Dua Model WMOTO, Cruiser AMT 125 dan EZ125i

Mforce Bike Holdings telah melancarkan dua buah model terbaru iaitu WMOTO CRUISER AMT 125 dan EZ125i yang pastinya akan menambah kemeriahan dalam pasaran jentera skuter di Malaysia. 

Cruiser AMT 125
Cruiser AMT 125

WMOTO Cruiser AMT 125 merupakan sebuah jentera yang cukup unik dengan menawarkan berasaskan jentera cruiser yang cukup bergaya dan santai. Model ini disempurnakan dengan enjin 1 24cc, 4 lejang,  silinder tunggal yang berkuasa 5.8kW pada 8,000rpm dan tork 8.8Nm pada 6,000rpm. Walaupun hadir dengan dengan gaya sebuah cruiser, sistem transmisinya jenis  automatik.

Lampu hadapannya jenis LED berbentuk bulat, fork hadapan panjang dan rekabentuk pelana retro yang cukup menarik. Tayar hadapan bersaiz 80/70-1 7 manakala di belakang 40/70-1 3 yang dilengkapkan dengan sistem brek jenis cakera.

WMOTO Cruiser AMT 125 ini ditawarkan pada harga RM5,988 dengan tiga pilihan warna iaitu Cream, Hitam dan  Dengan setiap pembelian mana-mana model WMOTO Cruiser AMT 125, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. 

WMOTO EZ125i
WMOTO EZ125i

WMOTO EZ25i pula merupakan sebuah skuter bersesaran 1 24cc yan g ditawarkan pada harga RM4,588 dengan empat pilihan warna menarik yang terdiri daripada Merah, Biru Deep Sky, Kelabu dan Kelabu Perak.

Skuter yang cukup bergaya ini dilengkapkan dengan lampu hadapan jenis LED yang cukup cantik, paparan meter jenis digital berwarna penuh, lampu belakang juga jenis LED dan ruangan simpanan barang bawah pelana yang luas.

Enjin EZ25i di  datangkan dengan silinder jenis tunggal, sistem penyejuk cecair, 4 lejang yang berkuasa 8.8kW pada 7,500rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm. Fork hadapan jenis teleskopik, dipadankan dengan penyerap belakang jenis spring berkembar. RR

Spesikasi ringkas WMOTO EZ125i

  •  Tayar hadapan: 70/90-14
  • Tayar belakang: 80/90-14
  • Brek hadapan: cekara
  • Brek belakang: gelendong
  • Tinggi pelana: 760mm
  • Tapak roda: 250mm
  • Berat kering: 95kg

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.