RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Oktober 2025

Kehadiran SYM VFE 185i Menghangatkan Pasaran Jentera Moped

SYM Malaysia dengan bangganya memperkenalkan SYM VFE 185i, sebuah motosikal segmen kapcai berkapasiti tinggi yang menggabungkan prestasi bertenaga dengan teknologi moden.

Biru.
Biru.

Ditawarkan pada harga RM9,988.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu White, Green serta Blue dan kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

SYM VFE 185i dikuasakan oleh enjin 183cc, silinder tunggal, 4-lejang, SOHC yang berupaya menghasilkan kuasa maksimum 14.7kW pada 9,000rpm serta tork maksimum 17.46Nm pada 7,500rpm. Dengan gerek dan lejang 63.5mm x 57.8mm serta nisbah mampatan 11.1:1, enjin ini dipadankan dengan sistem EFI, yang menjamin penjimatan bahan api yang lebih baik.

Model ini didatangkan dengan sistem transmisi 6-kelajuan dengan pacuan akhir jenis rantai, klac jenis basah berbilang cakera serta sistem pendikit mekanikal. Sistem penyejukan air memastikan prestasi enjin sentiasa berada dalam keadaan optimum seterusnya menawarkan pecutan yang mantap.

SYM VFE 185i berukuran 2,000mm (panjang), 740mm (lebar) dan 1,150mm tinggi dengan tapak roda 1,305mm serta kelegaan tanah 135mm. Ketinggian pelananya ialah 800mm, manakala berat keseluruhan hanyalah 135kg, menjadikannya mudah dikawal oleh pelbagai jenis penunggang. Kapasiti tangki bahan api adalah 7 liter.

Hijau.
Hijau.

Sistem saspensi terdiri daripada fork hadapan jenis dan penyerap hentak tunggal di belakang, menawarkan kestabilan serta keselesaan di pelbagai keadaan jalan. Kuasa membrek pula hadir melalui brek jenis cakera 250mm di depan dan cakera 200mm di bahagian belakang sistem brek turut disokong oleh sistem ABS dwi saluran untuk keselamatan maksimum.

Untuk tayar, model ini menggunakan 90/80-17 (tanpa tiub) di hadapan dan 120/80-17 (tanpa tiub) di belakang seterusnya memberikan cengkaman yang kukuh.

Putih.
Putih.

SYM VFE 185i turut menampilkan pelbagai ciri moden seperti lampu hadapan, belakang, isyarat serta lampu kecemasan LED, meter digital berwarna LED, sistem kunci pintar, port pengecas USB Type-A QC 3.0, serta pencahayaan tambahan seperti lampu nombor plat.

Dengan setiap pembelian mana-mana model SYM VFE 185i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.