RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Oktober 2025

KOVE Moto Perkenalkan Model Terbaharunya di Malaysia

KOVE Moto, jenama motosikal yang semakin mencipta nama di peringkat global telah secara rasmi melancarkan jenama dan model terbaharunya di Malaysia dengan pengenalan dua model baru iaitu KOVE 800X GT untuk segmen kembara dan KOVE 450R untuk segmen jalanan “streetfighter”, di samping model 450 Rally yang telah diperkenalkan sebelum ini.

KOVE 800X GT & 450R.
KOVE 800X GT & 450R.

MDua Motor Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI), telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal dan Eksklusif KOVE di Malaysia. Walaupun kebanyakan model KOVE kini ditawarkan sebagai unit CBU (Completely Built-Up), kerjasama strategik ini memastikan model-model KOVE pada masa hadapan bukan sahaja diimport tetapi turut disokong sepenuhnya dengan pemasangan tempatan (CKD). Ini akan membantu bekalan alat ganti yang mudah diperoleh, perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh, serta jaminan kualiti mengikut piawaian global KOVE.

KOVE 800X GT.
KOVE 800X GT.

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh seorang pelumba di China, KOVE Moto diaspirasikan dari minat beliau di dalam perlumbaan motosikal dan seterusnya membina reputasi antarabangsa melalui penghasilan motosikal berprestasi tinggi dengan kejuruteraan tersendiri yang mantap. Rangkuman hasil R&D, reka bentuk dan pembuatan secara Pembangunan teknologi secara tersendiri sepenuhnya dengan kekal berpegang pada falsafah “FOCUS ON PERFORMANCE”, motosikal KOVE kini direka lengkap dengan spesifikasi yang ringan, kukuh, dan berkeupayaan untuk terus ke arena perlumbaan.

Sebagai sebuah model kembara yang berprestasi tinggi KOVE 800X GT didatangkan oleh enjin 799cc parallel-twin yang menghasilkan kuasa 97Hp dan tork 80Nm. Ia turut dilengkapi dengan sistem tunggangan pelbagai mod, kawalan pendikit elektronik, suspensi KYB, serta berat penuh sekitar 195 kg. Sekaligus, 800X GT menawarkan gabungan sempurna antara keupayaan lasak berteraskan perlumbaan dan keselesaan praktikal untuk tunggangan jarak jauh serta pengembaraan.

Antara kelengkapan menarik yang ada pada model adventure ini iaitu paparan meter TFT, empat mod tunggangan (Comfort, Sport, Rain & Offroad), pemanas pendikit & pelana, lampu-lampu LED, brek-brek jenis cakera, sistem ABS, Hydraulic Steering Damper, pelindung tangan, Quick Shifter serta soket USB Type-A dan Type-C.

KOVE 450R
KOVE 450R

KOVE 450R merupakan sebuah jentera "naked streetfighter" yang dikuasakan dengan enjin empat silinder sebaris 443cc yang menjana kuasa 65.3hp dam tork sekitar 40Nm. Dengan rangka ringan seberat 164kg, model ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 205 km/j, sekaligus menjadikannya sebagai model paling berkuasa dalam segmennya.

Ciri-ciri yang ada pada model ini adalah dua mod tunggangan iaitu Eco & Sport, Launch Control, sistem ABS dua saluran, meter TFT , cakera berkembar 300mm (depan), cakera tunggal (belakang) dan tangki bahan api 17 liter.

Untuk pasaran negara, KOVE 800X GT ditawarkan pada harga asas bermula RM48,888. Lebih menarik, 20 pembeli terawal model ini turut menerima set kotak barangan secara percuma yang bernilai hampir RM4,000. Manakala KOVE 450R pula ditawarkan apda harga asas RM33,888. Harga untuk kedua-dua model tanpa pendaftaran, sukai jalan dan insurans. Semua model KOVE termasuklah 450 Rally kini sudah dipamerkan di AMI Bumirai Showroom, PJ222 Petaling Jaya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.