RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Oktober 2025

Boon Siew Honda Tampilkan Honda RS-X Winner Edisi Terhad Dengan Aksesori Eksklusif

Bersempena dengan acara Honda Thanks Day semalam, pihak Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS-X Winner Tricolor Edisi Terhad (LE) yang dimantapkan dengan kehadiran tiga aksesori eksklusif keluaran RCB terdiri daripada Grip Pendikit Nagakami, Pelindung Tuas Brek dan Angkup Brek Cakera S-26 (30th Anniversary Edition).

Dari kiri: En. Kunitomo Asano, En. Steven Chin, Somkiat Chantra, Joan Mir dan Luca Marini.
Dari kiri: En. Kunitomo Asano, En. Steven Chin, Somkiat Chantra, Joan Mir dan Luca Marini.

Majlis pelancaran RS-X Winner LE ini dimeriahkan dengan kehadiran tiga pelumba MotoGP iaitu Joan Mir (Honda HRC Castrol), Luca Marini (Honda HRC Castrol) dan Somkiat Cantra (LCR Honda) yang diiringi oleh En. Kunitomo Asano (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH serta En. Steven Chin (Pengurus Besar BSH).

Joan Mir nampak cukup bergaya dengan Honda RS-X Winner.
Joan Mir nampak cukup bergaya dengan Honda RS-X Winner.

Honda RS-X Winner disempurnakan dengan enjin 149.2cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair, DOHC yang mampu menghasilkan hantaran kuasa 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 11.8Nm pada 7,000rpm. Sistem saspensi terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Tayar hadapan bersaiz 90-80-17 M/C dipadankan dengan tayar belakang bersaiz 120/70-17 yang dikawal oleh brek cakera beserta ABS.

Hanya 800 unit versi ini dikeluarkan dan model ini ditawarkan pada harga RM10,298 yang didatangkan dengan waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). Terdapat satu lagi warna pilihan iaitu Kuning dan model edisi terhad ini akan berada di pusat pengedar Honda Impian X bermula 1 Disember 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.