RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2025

HONDA Perkenalkan CB1000GT 2026

Sempena pameran motosikal antarabangsa EICMA 2025 yang berlangsung di Milan, Itali, Honda Motor Global secara rasminya memperkenalkan model baru iaitu Honda CB1000GT. Model High Performance Tourer ini menggabungkan prestasi tinggi dengan keselesaan jarak jauh. Dirumus dengan slogan “Faster. More Distance. More Comfort.”, CB1000GT 2026 tampil sebagai jentera touring yang berupaya menakluk lebuh raya dan selekoh dengan gaya serta keyakinan.

CB1000GT dibangunkan berasaskan model CB1000 Hornet tetapi menerima rombakan besar untuk fungsi touring dari segi rekaan dan keselesaan. Bahagian hadapan direka menggunakan teknologi CFD (Computational Fluid Dynamics) untuk menawarkan kestabilan optimun pada kelajuan tinggi. Cerminj penghadang angin boleh dilaras menggunakan satu tangan sebanyak lima tahap.

Dari segi rekaan luaran mendapat kerjasama di antara Honda Itali dan Jepun untuk menghasilkan rekabentuk yang moden, agresif dan praktikal. Tangki bahan api pada jentera ini bersaiz 21 liter yang sememangnya menawarkan jarak tunggangan jauh tanpa perlu berhenti sentiasa untuk mengisi bahan api. Sistem lampu LED penuh, sistem kunci pintar dan Emergency Stop Signal (ESS) menambah lagi dari segi aspek keselematan.

Model ini dijana dengan enjin 1000cc empat silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan disertakan klac Assist & Slipper dan Quick Shifter menghasilkan kuasa 148hp (110.1kW) pada 11,000rpm dan tork 102Nm pada 8,750rpm. Sistem Throttle-By-Wire menawarkan lima mod tunggangan – Standard, Sport, Rain, Tour dan User – dengan bantuan Honda Selectable Torque Control (HSTC) serta IMU 6-Axis untuk kestabilan optimum di selekoh.

Kelengkapan lain seperti saspensi elektronik Showa EERA™, cakera berkembar 310mm (depan), cakera tunggal 240mm (belakang), Cornaring ABS, Cruise Control, pemanas pendikit, pelindung tangan, meter TFT 5-inci dengan fungsi sambungan Honda RoadSync, soket pengecas USB Type-C dan kotak barangan sisi.

Honda CB1000GT 2026 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Grand Prix Red with Graphite Black, Pearl Deep Mud Gray, dan Graphite Black. Selain itu, Honda turut menawarkan pakej aksesori rasmi seperti Comfort Pack, Sport Pack, dan Urban Pack bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya tunggangan.

Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Eropah, Jepun serta rantau Asia & Oceania dan pasaran antarabangsa lain tidak lama lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.