RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 November 2025

VOGE SR450X Buat Penampilan Sulung di EICMA 2025

Selain mempamerkan barisan model baharu untuk tahun 2026, VOGE turut memperkenalkan skuter gaya adventure terkini di pentas EICMA 2025 iaitu SR450X.

Skuter ini bukan sahaja menampilkan rekabentuk yang sporty, spesifikasi enjinnya yang mantap turut menarik perhatian ramai bagi segmen skuter bawah 400cc. VOGE SR450X didatangkan dengan enjin 398cc dua silinder selari, penyejuk cecair dan sistem suntikan bahan api. Model ini mampu menghasilkan 41.8hp pada 8,000rpm dan 42Nm tork maksimum pada 5,750rpm, memberikan pecutan yang lancar serta prestasi lebih mantap berbanding kebanyakan skuter satu silinder dalam kelasnya.

Antara ciri-ciri moden yang ada pada skuter ini termasuklah paparan meter TFT 7-inci, TPMS (Sistem Pemantauan tekanan Tayar), ABS dua saluran, Traction Control, pemanas pendikit & pelana, cermin penghadang angin elektronik dan kamera dashcam di bahagian hadapan serta belakang.

Tangki bahan api 18 liter memberi jarak tunggangan yang lebih jauh, manakala tinggi pelana 795mm dan kelegaan tanah sekitar 180mm. Berat keseluruhan jentera ini pula 220kg manakala ruang simpanan bawah pelana dikatakan boleh memuatkan dua buah topi keledar.

VOGE SR450X bakal menembusi di beberapa pasaran Asia dan Eropah menjelang tahun 2026. Namun pengesahan rasmi mengenai kemasukan model ini ke Malaysia masih belum diketahui. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.