RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 November 2025

Royal Enfield Hunter 350 (2025) Tampil Lima Warna Baharu - Bermula RM21,900

Royal Enfield Malaysia telah melancarkan Hunter 350 2025 untuk pasaran negara yang tampil dengan ciri-ciri dipertingkatkan bersama lima warna baharu - diinspirasikan oleh bandar paling terkenal di dunia.

Tokyo Black
Tokyo Black

Hunter 350 dibangunkan untuk penunggang yang inginkan sebuah motosikal selesa, sesuai kegunaan di kawasan urban dan yang penting untuk tunggangan harian. Antara pilihan warna baharu yang diperkenalkan ialah Dapper Grey, Rio White, Tokyo Black, London Red, dan Rebel Blue. Menurut pihak RE, setiap warna pada jentera melambangkan identiti tersendiri, mencerminkan budaya dan karakter bandar. 

Rio White
Rio White

Sama seperti model terdahulu, Hunter 350 menggunakan enjin silinder tunggal 349cc (J-series) , sistem penyejuk udara/minyak yang berkuasa 20.2hp pada 6,100rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa pada jentera ini disalurkan melalui kotak gear 5-kelajuan. Namun, terdapat kelengkapan baru pada enjin Hunter 350 iaitu klac jenis Assist & Slipper bagi memudahkan proses penukaran gear lebih lancar.

Rebel Blue
Rebel Blue

Selain itu, suspensi belakang berkembar yang menawarkan pelarasan preload 6-tahap juga dikatakan menerima penambahbaikkan dengan menggunakan spring yang lebih lembut dan responsif berbanding model terdahulu. Fork hadapan jenis teleskopik 41 mm tetap mengekalkan kestabilan. Dari segi kelegaan tanah turut berubah iaitu 160mm (model lama 150.5mm).

Dapper Grey
Dapper Grey

Hunter 350 turut dilengkapi degan ciri moden antaranya lampu utama jenis LED, paparan meter digital dan analog bersama paparan Tripper Pod sebagai sistem navigasi penunjuk arah serta soket Charging Fast jenis Type-C. Kelengkapan lain yang ada termasuklah brek cakera 300mm (depan), cakera 270mm (belakang), berat 181kg, tinggi pelana 790mm, sistem ABS dua saluran dan tangki bahan api 13 liter.

Royal Enfield Hunter 350 2025 ditawarkan pada harga asas RM21,900 untuk varian Rio White dan Dapper Grey manakala pilihan warna Tokyo Black, London Red, dan Rebel Blue pada harga asas RM22,500. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.