RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 November 2025

CFMOTO 1000MT-X Masuk Pasaran Negara Tahun hadapan - Bawah RM60K

Bersempena dengan sesi lawatan kilang CFMOTO di Hangzhou, China, kami dan beberapa media tempatan yang lain turut diperkenalkan dengan beberapa model baharu yang bakal masuki pasaran negara pada tahun hadapan. Apa kata kami mulakan dahulu dengan CFMOTO 1000MT-X yang baru-baru ini dilancarkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2025.

Sebagai model flagship terbaharu dalam keluarga MT, jentera ini menggunakan enjin 948.2cc parallel twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 83kW (111hp) dan trok sekitar 105Nm. Enjin pada model ini dipadankan dengan pendikit ride-by-wire untuk respon yang lebih cepat dan tepat manakala sistem transmisi 6-kelajuan turut dilengkapi Quickshifter dan Slipper Clutch untuk tunggangan lebih responsif.

Selain itu, berat sekitar 222kg menjadikan 1000MT-X ini dianggap paling ringan dalam kelasnya. Sebagai sebuah jentera adventure, model ini hadir dengan saspensi hadapan dan belakang jenis KYB boleh laras serta brek Brembo dengan cakera berkembar 320mm di hadapan. Untuk brek belakang menggunakan cakera tunggal 230mm.

Kapasiti tangki bahan apinya cukup luas iaitu 22.3 liter, sesuai untuk tunggang jarak jauh. Turut disertakan ialah paparan meter TFT 8-inci, Cruise Control, pemanas pendikit & pelana, TPMS, tayar hadapan 21 inci, tayar belakang 18 inci, pelana boleh laras dengan ketinggian 830 hingga 870mm, cermin penghadang angin boleh laras, Traction control, Cornering ABS dan mod tunggangan.

Menurut pihak Mforce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama CFMOTO di Malaysia, 1000MT-X bakal masuki pasaran negara pada tahun hadapan dan harga dijangka bawah RM60K. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.