RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 November 2025

Keeway BX200i Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia - RM7,988

Segmen skuter berkapasiti 150–200cc di Malaysia semakin meriah dengan kehadiran model baharu iaitu Keeway BX200i yang dilancarkan sempena MForce Top 68 Dealers Award di Taizhou, China.

Terdapat dua varian yang akan hadir ke pasaran negara iaitu Standard manakala Special Edition (SE) didatangkan dengan kotak barangan (top box) serta kemasan warna istimewa. BX200i menggunakan enjin 174cc, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 18.2hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 17.2Nm pada 6,500rpm. Model ini dilengkapi sistem transmisi jenis CVT yang turut dipadankan bersama pacuan akhir tali sawat.

Bahagian suspensi pula terdiri daripada fork teleskopi di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Rekabentuk badanya cukup kompak dengan gaya urban, sesuai untuk tunggangan harian. Sistem brek pula didatangkan dengan cakera tunggal 220mm di depan dan belakang.

Dari segi kelengkapan lain termasuk sistem ABS dua saluran, meter digital, lampu LED & DRL, soket pengecas USB Type-A & Type-C, kamera dashcam di bahagian hadapan, tangki bahan api 11 liter dan sistem kunci pintar.

Untuk pasaran Malaysia, Keeway BX200i ditawarkan pada harga asas RM7,988 bagi varian Standard, manakala varian SE boleh dimiliki pada harga asas RM8,288. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.