RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2025

Morbidelli Lancar F252 Untuk Pasaran Negara - RM14,888

Morbidelli meneruskan langkah agresif dengan melancarkan motosikal suku litar untuk pasaran negara iaitu Morbidelli F252.

F252 didatangkan dengan enjin 249.5cc dua silinder sebaris, DOHC, 8-injap dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa 31.5hp pada 11,000 rpm dan 21 Nm pada 9,500 rpm. Enjinnya disempuranakan dengan transmisi 6-kelajuan bersama klac jenis Assist & Slipper bagi mengurangkan hentakan roda belakang ketika menurunkan gear.

Sistem suspensi dipadankan dengan penggunaan fork hadapan jenis USD 41mm serta penyerap hentak tunggal Pro-Link yang menawarkan keselesaan untuk tunggangan di dalam bandar atau lebuhraya. Dari segi kelengkapan keselamatan, F252 dilengkapi brek cakera 300mm di hadapan manakala belakang cakera 240mm. Kedua-dua roda turut disokong dengan sistem ABS.

Jentera ini juga menawarkan sistem Traction Control (TCS) serta tiga mod tunggangan iaitu Normal, Sport dan Expert yang masing-masing mempunyai tahap kuasa berbeza. Bahagian meter pula menggunakan paparan jenis TFT bersaiz 5-inci dengan memberi visual yang jelas dan moden.

Kelengkapan lain pada F252 termasuk tangki bahan api 15 liter, soket USB Type-A & Type-C, jarak roda 1,375mm, tinggi pelana 790mm dan berat sekitar 175kg.

Pihak Mforce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama Morbidelli turut mengesahkan harga asas F252 pada RM14,888 seakli gus menjadi motosikal 250cc dua silider paling mampu milik dalam kategori naked streetfighter. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.