RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 November 2025

Yamaha Motor Global Perkenalkan NMAX 155 Tech MAX 2026

Yamaha Motor Global secara rasminya memprkenalkan segmen skuter premium menerusi NMAX 155 Tech MAX 2026 untuk pasaran Eropah. 

Dari segi gaya, model ini menampilkan rekabentuk keluarga MAX yang sangat sporty. Bahagian hadapan dipadankan dengan sepasang lampu utama jenis LED dan lampu belakangnya pun jenis LED. Bahagian pelana kini lebih lebar dan empuk manakal tempat pemijak kaki direka untuk menawarkan keselesaan buat penunggang.

Antara ciri-ciri yang paling utama pada jenetra ini sudah tentulah teknologi Yamaha Electronically Controlled Variable Transmission (YECVT) yang menawarkan dua mod tunggangan iaitu Town dan Sport. Selain itu menerusi sitem YECVT juga terdapat butang downshift pada bar hendal sebelah kiri sebagai fungsi Engine Braking.

Downshift bertujuan untuk mengawal kelajuan apabila penunggang ingin mengambil selekoh dan menurun bukit. Melalui sistem ini juga tenaga enjin kembali segar supaya dapat mendaki laluan berbukit atau memotong kenderaan di hadapan dengan mudah.

Model ini menggunakan enjin 155cc satu silinder, penyejukan cecair yang dilengkapi teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang boleh menghasilkam kuasa maksimum sekitar 15hp pada 8,000rpm dan tork 14Nm pada 6,500rpm.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter TFT 4.2-inci dengan sistem navigasi bersama sambungan aplikasi MyRide, ABS dua saluran, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar (belakang), brek-brek cakera, Idling Stop, sistem kunci pintar, tangki bahan api 7.1 liter, berat 135kg, soket USB Type-C dan tinggi pelana 770mm. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.