RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2025

Moto Morini ALLTRHIKE 450: Rekaan Baru Jentera Adventure

Kepada para peminat jentera lasak di Malaysia, Moto Morini hadir dengan berita menarik ketibaan model padu, ALLTRHIKE 450 ke pasaran negara pada tahun hadapan. Model baru ini telah dilancarkan di Taizhou, China baru-baru ini dengan menawarkan bukan sahaja rekabentuk yang mantap malah spesifikasi yang memang cukup menarik.

Kemunculan Moto Morini Alltrhike ini sudah pasti memberi saingan dalam segmen jentera lasak berkuasa 450cc di negara. Ia disempurnakan dengan enjin 449cc, kembar parallel, sistem penyejuk cecair, DOHC4 lejang yang menghasilkan kuasa 44hp padfa 8,500rpm dan tork 42Nm pada 6,500rpm dengan kelajuan maksimum sekitar 150km/j.

Rekabentuk hadapan paling menonjol dengan lampu-lampu LED direka cukup unik. Tangkinya bersaiz 18.5 liter yang dipadankan dengan ketinggian pelana 847mm dengan berat keseluruhannya 170kg. RR sempat menunggang uji model ini untuk jarak sekitar 6 kilometer dan jujurnya, Alltrhike memang cukup menyeronokkan khususnya dari segi hantaran kuas dan pengendalian.

Enjin 449cc ini tidak 'kedekut' untuk memberikan hantaran kuasa yang padu dalam semua kedudukan gear. Kita pulas saja, Alltrhike 'berlari' dengan cukup pantas.

Ketinggian bar hendal pada saya cukup baik, manakala kelegaan tanahnya berjarak 215mm yang memberikan pengendalian yang mudah khususnya di laluan berselekoh. Tayar hadapan bersaiz 90/90-21 manakala di belakang 140/80-18 yang dipadankan dengan brek-brek jenis cakera (320mm depan / 255mm belakang) beserta sistem ABS dwi saluran (boleh dinyahaktifkan untuk tunggangan off-road).

Untuk lebih berprestasi, model ini dilengkapkan dengan fork hadapan 42mm USD jenis KYB dan penyerap hentak tunggal KYB di belakang.

Model lasak ini juga hadir dengan panel meter TFT yang cukup jelas untuk kita melihat segala info dan membuat talaan termasuklah kesediaan sistem navigasi, soket USB (jenis-A dan jenis-C). Harga jualan untuk model ini juga menarik, hanya RM28,888. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.