RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 November 2025

CFMOTO 750SR-S: Model Sport 4-inline bawah RM50k?

Ketika berada di kilang CFMOTO baru-baru ini, para media diberi peluang untuk menunggang uji beberapa model yang bakal dibawa masuk ke pasaran negara tahun 2026 nanti dan antara model yang menarik minat RR ialah CFMOTO 750SR-S. Ya...model yang tidak jauh bezanya (dari segi rekabentuk( berbanding 675SR-R yang telah pun berada di pasaran negara pada harga asas RM38,000.

Model 'sportbike' terkini daripada CFMOTO ini hadir buat pertama kalinya dengan enjin 749cc DOHC, 'inline-4' yang memberikan hantaran kuasa cukup mantap (110hp / 80Nm) serta bunyinya yang memang padu. Model ini turut dilengkapkan dengan sistem transmisi 6-kelajuan - lengkap dengan Quick Shifter yang kami rasakan (ketika sesi tunggang uji) cukup lancar dan lembut.

Sistem pencahayaan depan dan belakang untuk 750SR-S ini jenis LED dan bahagian hadapan tampak lebih garang dengan adanya 'winglet' yang juga akan membantu menjadikan jentera ini lebih stabil ketika dalam kelajuan tinggi. Menurut pihak CFMOTO, model sport baru ini mampu memecut lebih daripada 230km/j dan ketika mencubanya di litar ujian CFMOTO di China tempohari, kami dapat rasakan kemantapan tenaga jentera ini.

Kami benar-benar sukakan lengan ayun tunggalnya dan rekabentuk rim (Triple Spoke) yang dipadankan pada tayar-tayarnya yang bersaiz 120/70 R17 (depan) dan 180/55 R17 di belakang. Lampu belakang jenis LED nampak agak simple tetapi empat corong ekzos 750SR-S ini antara ciptaan yang paling unik dan cukup menarik perhatian.

Model ini juga hadir dengan brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 240mm (belakang) jenis Brembo berserta sistem ABS, Cornering ABS dan Traction Control. Fork hadapan jenis terbalik (USD) 43mm yang dipadankan dengan 'steering damper' bagi pengendalian lebih padu ketika di laluan selekoh dan dalam kelajuan tingi.

Segala informasi dan talaan ini dapat dilihat serta di tala menerusi panel meter TFT 6.2-inci resolusi tinggi yang kini turut disambungkan dengan sistem Bluetooth dan kamera. Sistem elektronik yang dimiiliki oleh model ini membolehkan pemiliknya 1. Mengunci bar hendal, 2. Membuka tangki 3. Membuka pelana tanpa perlu kunci fizikal.

Menurut pihak CFMOTO Malaysia, model ini dijangka akan memasuki pasaran negara pada tahun hadapan dan bakal ditawarkan pada harga di bawah RM50,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700